Followers

CUSTOMIZED GIFT IDEAS FOR YOUR LOVE

Assalamualaikum. hai uols.

Bulan 10 ni kan, bulan yang aku kena sediakan hadiah untuk yang tersayang. Siapa ? My mum la uols, siapa lagi. Ada lagi sorang tapi ... dirahsiakan lagi sebab belum pasti jodoh sampai mana kan. Beza dua hari je antara diorang ni.

So nak taknak tetap pening kepala nak cari hadiah kan. For my mum awal awal lagi aku dah beli siap siap. Untuk perempuan aku tak kalut sangat nak beli apa. Tahun lepas aku bagi handbag dekat my mum, bagi setiap tahun handbag pun tak apa sebab my mum akan tukar beg bila aku bagi hadiah ja, lunyai pun lunyai lah, dia malas nak beli. Perangai aku pun sebijik macam ma. Selagi tu tak betul betul rosak tak fikir nak tukar pun. Sebab ? sentimental value mungkin. Atau lebih tepat malas nak pening kepala sebab kalau aku nak beli something memang akan termenung dua tiga minggu pikir nak beli yang ini ke yang itu, survey bukan main 2 3 kedai. Susah tau.

Untuk tahun ni aku dah beli kan 1 set makeup brush untuk ma dan 1 set besar eye shadow. Sebab ma kan duk make up pengantin, berus make up dia habis tunggang langgang sebab aku pinjam lepas tu letak merata rata. 😂😂😂 Sorry mum.

Okay cakap pasal hadiah ni macam yang aku cakap lah, susah sangat nak beli hadiah. Memang lah kedai hadiah berlambak lambak tapi still rasa hadiah tu tak special. Macam biasa ja, nanti pergi kedai hadiah "eh eh, yang ni la yang dia bagi kat aku tu" See? Rasa macam not the only one gift kan ? Aku lebih suka custom made sebab lebih nampak sentimental value dan nampak usaha kita nak bagi yang special kan?

Aku ada jumpa satu website tu tau, boleh custom made hadiah tau. Of course la aku suka gila. Dah datang macam macam idea pulak dalam otak aku ni. Hehehe, maklum lah aku ni planner person, macam macam idea la dalam kepala ni.

Tarrrraaataaataaaa....



Ni website yang aku cakap tu. printcious.com. Best taw website ni. Macam macam hadiah korang boleh customize. Untuk diri sendiri, untuk ibu ayah, suami isteri, girlfriend boyfriend, adik kakak abang, kawan kawan, hadiah hari jadri, ataupun hadiah perkahwinan. Menarik kan?




Seee. banyak katogeri dan banyak lah hadiah korang boleh customize. Seronok nya seronok nya. Aku macam duk terliur nak customize baby rompers, weh! aku lambat lagi la nak dapat baby. Hahaha. kawen pon belum wehhh sekolah pun tak habis lagi!


Ok ni cara nak costumize taw. Boleh upload gambar sendiri lagi. Boleh tulis tulis sweet sweet gitu. Semudah tu korang boleh costum made kan hadiah korang. Tak sabar nak costumize hadiah sendiri. Tunggu next entry dari aku tentang printcious.com ni yaa. Stay tune!

“Printcious.com – Precious Gifts From Your Heart”


5 comments

  1. Menarik jugak tu, sebab siap boleh upload gambar or design yang kita nak 😍

    ReplyDelete
  2. Kak ana dah 2 kali order dekat printcious. Memang puas hati. Sesuai utk dijadikan hadiah pada org. Packaging dia pun kemas sgt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siqah masih tak cuba lagi buat design kat Printcious. Nanti ada masa boleh cuba :)

      Delete
  3. printcious mmg terbaik.. kualiti elok. busyra ada order tote bag mmg kualitinya cantik.

    ReplyDelete
  4. senang sekarng semua hujng jari =)

    ReplyDelete