Followers

TO-DO LIST 2017

Assalamualaikum.

Nampak nya dah 5 hari kita jejakkan kaki ke 2017. Masa exam hari tu aku tulis tarikh dekat kertas jawapan 2016. Masih belum boleh move on lagi dengan 2016.

Aku nak tulis pasal azam baru kan benda sama je nanti keluar. Baru aku perasan yang tahun 2016 pun aku tak tulis pasal azam pun. Jadi tahun ni kita buat to-do list lah senang. Tak payah azam tapi senarai yang kena buat.

1. MULAKAN SEMESTER DEPAN DENGAN JAYANYA

Memandangkan semester ni dah tamat. Alhamdulillah. Jadi sem depan kena mulakan semester baru dengan jayanya sepanjang tahun. Jangan buat kerja last minit sangat walaupun tahu yang kerja last minit tu lagi berhasil tapi kemasan akhir tu sangat buruk dan nampak ala kadar. So please jangan tangguh kerja semester depan. Semester depan akan jadi semester yang makin tough berbanding semester ni.

2. BUAT SIDE INCOME.

Tak kira lah income dari blog atau dari luar blog, aku kena buat side income ni untuk jimat duit dan tak perlu mintak dengan mak ayah. Umur dah tua macam ni nak mintak duit dengan mak ayah tak macho la. Sebolehnya aku nak cakap ada je duit memanjang. Sebolehnya aku nak balik kampung belanja mak ayah makan dan beli barang dapur. Tapi maafkan anak mu yang masih belum bekerja walaupun umur dah masuk 23 tahun.

3. MENABUNG

Awal tahun banyak orang duk pos tips tips menabung ni. Tabung pas la tabung umno la. Tabung pas tu tabung RM 5 dan tabung bn tu tabung duit RM 1. Macam macam kan. Tapi sebelum menabung aku kena buat side income dulu. Logik ka kalau aku nak menabung duit pinjaman belajar. Dah ambil dari bank nak masuk dalam tabung, macam tak ada kesudahan je duit tu. Jadi aku perlukan side income untuk menabung sikit sikit.

4. TRAVEL
Aku ni memang jenis tak serik kalau bab travel. dah macam macam halangan datang, tak pernah lunturkan semangat aku nak travel. Tahun ni plan antara Krabi atau Singgapore. Cerahnya ke Krabi. Mana mana je janji aku boleh travel tenangkan fikiran tengok negara lain. Kalau susah sangat aku pergi ja la Cameron Highland ke, Kundasang ke,, okay jugak tu.

5. HIKING,

Konon group hiking nak naik Gunung Stong pulak tahun ni. Harap nya jadi la sebab aku nak ikut sangattt.. Jangan tinggal aku gais. Nanti aku berhuhu sorang kat bawah gunung.

6. POTRETKAN GAMBAR MILKY WAY

Dah tiga tahun aku dekat Perlis, tak tahu pulak pasal shooting bintang ni aktif dekat Perlis dan tempat paling cool nak shoot bintang ni pun dekat Perlis. Aku rasa tersangat lah rugi sebab dah 4 tahun setengah baru aku tahu pasal ni. Tapi nasib baik aku cepat sedar dan ni aku wajib buat tahun. Sebab aku dah jumpa geng nak buat kerja macam ni. Susah nak cari geng yang macam ni.

Kalau boleh aku nak geng dengan yang panjat IPOH tu, boleh la lepas ni ajak depa panjat mercu tanda Terengganu pulak. Hehehe.  Sebenarnya jeles sebab depa buat aku tak sempat nak buat dah ramai yang bash diorang. Jadi bagi kesedaran untuk aku buat benda berfaedah sikit.

Okay banyak lagi sebenarnya tapi ni antara yang penting. Nanti kalau ada kau tambah tambah lagi. Harap yang sikit ni boleh tercapai. Buat banyak banyak nanti akhir tahun tak boleh capai menangis tak berlagu. Over, padahal tak menagis pun. Saja nak mengada.

Thank you for reading this blog!

7 comments

  1. Hiking! Siqah pun plan nak hiking tahun ni. Bukit broga je pun jadilah. Hihi.

    Kerja last minute biasa lagi menjadi cuma betullah apa yang lela cakap, tak kemas sangat. Hope tahun ni tak nak tangguh keje lagi okay.

    Insyallah nanti dah kerja, lela boleh start menabung dan bantu keluarga pula. Sekarang fokus study dulu okay.

    Happy new year lela :)

    ReplyDelete
  2. Selamat pagi lela.. Semoga lela dapat memenuhi to do list di atas.. Usaha! Akak pun nak saving banyak2.. Xnk dah boros2 lg.. In sya Allah. Bersama2lah kita menabung :D

    ReplyDelete
  3. Side income as well. That mencerap bintang mmg boleh masok eh? Thought like JAKIM peeps je nak check posa. Lulz. Ok. Nak survey.

    ReplyDelete
  4. do your best kak leyla untuk capai list tu. :)

    ReplyDelete
  5. side income dah..this year hiking mesti jadi!
    sekali pun takpe..rindu sesangat dah nak hiking..masa study dulu atlesat 3x setahun pasti pegi..huhu

    rip my heart betul la klu tak dapat jugak taun nih..p/s: susah jugak bila semua geng dah kawin..xde partner..berhuhu je la

    ReplyDelete
  6. yeah! travellllllllllll

    ReplyDelete