Followers

BLOG BAGAIKAN TERKUBUR

Assalamualaikum. salam ramadhan ke 15. Harapnya semua masih boleh meneruskan Ramadhan dengan penuh keimanan.

Masih tercari cari topik yang nak ditulis dalam blog ni memandangkan sejak dua menjak ni tak ada yang menarik dalam hidup aku. Bukan tak menarik sebenarnya, tapi sebab aku hanya menjalankan kehidupan seperti biasa di kampung. Jadi tak ada aktiviti yang boleh diupdate kat sini.

Aktiviti harian cuma bangun sahur, jahir manik, kemas rumah sikit, sambung jahit manik, masak untuk berbuka, berbuka puasa dan jahit manik lagi. Jahit manik baju pengantin sebenarnya. Hari raya sekarang menjadi tarikh yang sesuai untuk mengadakan majlis perkahwinan memandangkan semua sanak saudara boleh berkumpul untuk majlis tersebut. Yang sibuknya, ma lah yang kena siapkan baju pengantin dan pelamin semua. Dan aku jugak turut disibukkan dengan menjahit manik baju pengantin. Nanti dah siap boleh la aku update sini kot baju yang dah siap dijahit.

Puasa kali ni ma sakit lagi. Memang setiap kali puasa mesti ada sakitnya. Jadi aku lah yang banyak masak waktu berbuka. Kadang kadang tu ma masak jugak, tapi panas lah telinga aku kena bebel. Berbuka cuma bertiga, ayah ma dan aku. Krik krik sikit lah time berbuka.

Lepas ni boleh update pasal projek biskut raya aku kot. Bukan jual pun. buat untuk rumah ja. Sebelum mulakan projek kuih raya, kena siapkan manik baju pengantin untuk dua pasang ni dulu. Nasib la badan kena pulun buat manik ni. Ok lah, tunggu next update pulak la ya. Assalamualaikum. Tak jawab dosaaa..


1 comments