Followers

UJIAN ALLAH KERANA SAYANG

Kalau ikotkan sakit hati ni memang sakit. Tapi kena fikir dua tiga kali untuk bertindak. Sebabkan fikir dua tiga kali aku ibarat dipijak pijak dengan kawan sendiri. Entah apa cerita yang disampaikan kepada semua orang pun tak tahu. Mungkin berpunca dari diri aku sendiri. Wallahualam.
Sebenarnya aku boleh stay cool je sebenarnya, tapi masa tak kena dengan keadaan. Biasa lah perempuan sebulan sekali mesti ada masa dia mood swing kan. Bila masa tu ada orag buat hal, memang mendapat teruslah kan.

Ujian yang Allah bagi ni banyak, dalam macam macam segi. Dalam segi kewangan, persekitaran, kesihatan, keluarga dan kawan kawan. Sekarang ni bab kawan. Bab kawan yang suka bermuka muka. Mula mula MashaAllah, dia lah kawan yang plaing baik. Lepas tu dia lah yang duk tikam belakang kita. Ni contoh la, contoh.


Kalau macam ni tejadi, apa yang perlu kita buat ? Apa tindaka kita ? Nak bersemuka dan tanya terus terang ke ? Memang ni jalan yang terbaik. Tapi kena ingat, jalan yang terbaik tak semestinya bagi penyelesaian yang baik. Kalau bersemuka, mungkin kawan tu akan berterus terang sejujurnya, atau pun mungkin alasan lain yang dia akan cipta. Dan yang kedua lepas bersemuka tu, hubungan tu takkan jadi seharmoni dulu. Akan ada satu jurang yang memisahkan antara dua jiwa ni. Mungkin mulut boleh senyum. Tapi hati takkan senyum. Hasilnya hubungan ni akan jadi jauh.

Yang aku cuba buat, biarkan sejauh mana dia nak burukkan kita. Sampai masa orang akan penat nak dengar benda yang sama. Orang akan penat ulas isu yang sama. Dan akhirnya orang akan sedar mana yang betul, mana yang salah. Orang kalau pandai pengaruh orang, dia senang ja nak pengaruh. Tapi bila jatuh nanti baru dia tahu langit tu tinggi ke rendah. Jadi kita biar ja. Kalau dia act macam tak buat apa apa, kita act lah macam tak tahu apa apa. Tupai yang pandai melompat pon boleh jatuh, apa lagi manusia.


Untuk hati sendiri. tolong lah jadi suci sikit jangan nak negatif sangat pasal orang. Huznuzon tu penting. Biar orang buat kita, jangan kita buat orang. Orang buat apa apa senyum ja. Tapi kalau mood swing PMS ni memang tak boleh buat apa la ye. Tu lumrah yang memang takleh nak kawal katakau.

Allah bagi ujian ni sebab sayang kita, supaya kita tak terus sesat dengan dunia ni. Supaya kita sentiasa berjaga jaga dengan golongan lain. Allah bagi ujian ni sebab rindu. Allah dah lama tak dengar kita mengadu dekat DIA. Kita asyik mengadu kat  kawan, bergembira dengan kawan, tapi kita tak bergembira pun dengan DIA.  Sebab tu DIA bagi ujian dekat kita. Supaya keta datang kepada Nya. Terima kasih Ya ALLAH untuk semua nya.
Surat untuk kekasih


1 comments

  1. sabar yer dik lela...biasa la tu..setiap org akn laluinya...

    ReplyDelete