Followers

Bukan Senang Nak Senang

Assalamualaikum.

Pernah tak terpikir betapa susahnya kita lalui untuk mencapai tahap kita yang sekarang? Sebenarnya aku nak sembang pasal palapes sikit. Semalam pergi Perlis lagi untuk fitting baju tauliah untuk kali kedua. Pejam celik pejam celik dah lepas 3 tahun aku lalui semua tu. Dan lagi 3 bulan untuk aku ditauliahkan.

Kata kata "you can seek for knowledge but you must gain for experience".  Aku sokong kata-kata tu. Kita boleh timba ilmu bertimba timba didalam kelas, tetapi untuk dapat pengalaman yang orang lain tak dapat tu sangat susah . Perlukan hati yang tabah. Banyak pengalaman yang susah nak dapat terutama ilmu askar ni . Siapa yang sanggup berhitam muka semasa sedang belajar di universiti. Siapa yang sanggup korbankan masa hujung minggu dan cuti semestar semata mata nak belajar semua ilmu ni.

Tapi setiap kesusahan yang kita alami untuk mencapai sesuatu perkara pasti ada ganjaran dia. Cuma perlukan kesabaran yang tinggi. Perlu ketahanan mental dan fizikal. Walaupun aku ni tak ada la kuat sangat. Time kena hell aku pon merungut jugak, tapi bila kita fikir positif, semua akan jadi positif.

Jadi ganjaran untuk penat lelah aku selama ni akan dapat 3 bulan lagi . Satu hari yang sangat berharga dalam hidup aku. Semoga aku panjang umur untuk rasai hari bersejarah itu. Ameen.

20150525010232

 Hari satu paku, semoga panjang umur untuk nikmatinya. Sebenarnya sangat lah berdebar nak tunggu hari jadi. Satu majlis penting dalam hidup semua.


2 comments

  1. tahniah leyla. jadikan perangsang untuk menjadi lebih lapar ilmu

    ReplyDelete
  2. tahniah banyak banyak lela! good work! kita xde palapes ni. hehehe. swasta x merasa. cuma kena kawad je. tu je, no more no less

    ReplyDelete