Followers

Visiting Book Xcess @ Tropicana Gardens Mall

Hai Assalamualaikum. 
Sambungan entry semalam. Lepas tengok wayang kami terus turun ke bawah, sebelum ke wayang tadi ada perasan book xcess kat bawah tu, dah lama leyla merap dekat Iqbal nak pergi book xcess tapi tak sampai-sampai. Last-last jumpa ni terus masuk lah. 


Dari luar dah nampak cantik nya, susunan buku yang banyak dan rak buku yang tinggi-tinggi, wahh terpegun sekejap. Bila masuk ke dalam lagi banyak buku dan yang bestnya banyakkkk sangatt buku budak-budak. Bila tengok harga mashaAllah, murahhh jauh berbanding popular. Kami biasa beli buku Afeeya dekat popular, tu pun sebulan 1 buku je sebab mahal. Bila tengok sini, nak ambik 3 4 buku pun tak apa. 


Bila masuk kedalam Afeeya pun terus woowww ikut mama nya bila tengok buku banyak dekat rak. Suasana dalam pun bertenang dan luas, senang dia nak berjalan dan pilih buku sendiri. Boleh tengok buku-buku yang ada jugak. Baca dekat situ pun boleh. Jadi boleh la lama-lama pilih buku sambil baca buku yang ada. Kalau dekat popular kids book section kan sikit je lepas tu sempit dengan rak-rak, tambah pulak dengan parent dan anak-anak orang lain, dengan kita sekali nak memilih buku jadi nak ambik cepat-cepat dan bayar je. 




Sekarang dah jumpa tempat lepak baru. Lepas ni kalau nak keluar pergi je book xcess lepak lama-lama kat situ. Dekat setia alam pun ada juga dan lagi cantik. Lagi satu, dekat book xcess ni instagram friendly sangat, jadi kalau korang nak ambil gambar eastetik acah-acah bookworm boleh la. Contoh macam dekat bawah ni, haa acah-acah sangat. 


Tapi hakikatnya..... 



Tengok la muka dia bukan main aih happy tengok buku banyak-banyak. Dia tak ada la nak baca buku pun sebab kecik lagi kan, cuma kami nak biasa kan Afeeya dengan buku dan tempat-tempat yang macam ni, sebab tak nak nanti dia lebih sukakan gadjet berbanding buku dan situasi sekeliling. Kalau macam ni, bagi dia seronok tengok buku, seronok berjalan dalam kedai buku, jadi dia lebih allert dengan keadaan sekeliling. So far memang tak bagi dia pegang gadjet, cuma kalau video call atuk woh & tokma tokki je boleh tengok phone. Kalau nak tengok cerita or lagu-lagu kami bagi tengok tv, tak mampu juga nak buat screen-free sebab kita pun banyak kerja nak buat dekat rumah kan. Jadi avoid yang termampu sahaja. 



Harga buku sini banyak belas-belas ringgit je. Harga buku tebal untuk bed time stories ni macam kitab pun baru 50 ringgit lebih je, tebal gila buku ni, cakap kat iqbal ni kalau baca kat Afeeya bedtime stories ni sampai habis sekolah pun belum tentu habis. Tebal dan memang full words. Kalau dekat popular paling murah kami beli pun RM21 tu pun plaing nipis ada 4 5 pages je. Ada RM30 lebih, kalau jenis peek ke boo punya buku RM35 ke atas. Kami beli buku pee kee boo dekat Afeeya di book xcess ni baru RM17. Murah kan. 

Dah penat pusing-pusing tengok buku tiba-tiba Afeeya dah nak eat. Terus buat sign tunjuk tangan ke mulut dan sebut eat eat. Rupanya dah pukul 2 petang. Cepat-cepat lah cari papa, bayar dan terus cari makanan, sekarang lebih mudah dengan baby language, baby sign, jadi dia tak perlu mengamuk untuk mintak sesuatu. Sebelum ni dia cuma tahu sebut eat dan tunjuk sign bila kita tanya je, tapi bila tiba-tiba dia buat macam tu dengan sendiri maknanya dia dah pandai minta sendiri bila dia nak makan. Good job Afeeya. Cepat-cepat mama cari tempat makan supaya dia tahu yang kita faham apa yang diminta. Nanti leyla share baby sign yang basic yang leyla ajar Afeeya. 

Bye korang. jumpa next entry!


4 comments

  1. Anak suka sangat Book Xcess ni entah kenapa. Maybe instagrammable dan unik kot kedai bukunya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah sis, kat situ instagrammable sangat. cantik susunan dia. unik dan bertenang kat situ.

      Delete
  2. menarik tu! buku murah2 tu antara tarikan utama. kedai pun cantik . nak duduk lama2 pun syok

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah. kitorg pon plan nak lepak lama-lama lagi next time dekat book xcess ni

      Delete