Followers

MAJLIS PERKAHWINAN MIRA FILZAH KESEDERHANAAN DALAM KEMEWAHAN

Satu majlis yang tengah hangat sekarang, rata-rata jejaka tengah dilanda kekecewaan dek kerana wanita pujaan malaya telah menamatkan zaman bujangnya. Sabar ya jejaka2 semua. 

Perjalanan dan penyusunan majlis yg patut dipuji bukan kerana kemewahan pada majlis tapi pada kesopanan dan kesantunan susunan majlis yg banyak ketengahkan

90% CARA ISLAM dan TAK HAVOC sangat tapi penuh KESEDERHANAAN DALAM KEMEWAHAN.

ANTARA CIRI-CIRI YG SAYA PUJI:

1.MAJLIS KHATAM QURAN

Beberapa hari sebelum akad nikah bermula beliau mengadakan majlis khatam quran yg saya kira dah semakin pupus pd setiap bakal pengantin,dulu masa zaman2 saya bakal pengantin akan mengadakan majlis khatam quran sebelum akad nikah sekarang dah jarang sangat dengar tapi MIRA FILZAH kembalikan dan kejutkan kita dengan acara itu semula. 

2.SELAWAT KEATAS NABI

Sewaktu majlis akad nikah pengantin diiringi dengan selawat keatas nabi yg panjang sebagai dendangan utk tetamu. 

3.NILAI WANG HANTARAN TAK DINYATAKAN

Saat ditanya tentang berapa jumlah wang hantaran beliau cuma berkata "nilai wang hantara adalah seperti yg telah kami persetujui bersama"subbhanallah bagusnya kamu sebab tak ada istilah bermegah disitu. 

4.DULANG HANTARAN TERTUTUP

Sewaktu dulang boy/girl bawak dulang hantaran masuk dimajlis akad nikah nak bermula nampak barang hantaran tu dimasukan dalam bekas yg indah tapi dalam keadaan tertutup.Cukup sekadar tetamu melihat bekas yg indah saja tak perlu melihat apa isi didalamnya.

5..TAK ADA UKIRAN DI TANGGAN

Perasan tak dia cuma pakai inai semata sekadar sedikit penyeri ditanggan.Bagi pihak lelaki tak ada 1 jari pun berinai..bagusnya.

6.TAK ADA MAJLIS TEPUNG TAWAR

Tepung tawar bukan budaya kita,dan beliau ketepikan acara itu, bagus sangat!!

7.SUJUD SYUKUR

Selepas saja majlis akad nikah suaminya terus mencari ruang untuk sujud syukur terlebih dulu sebelum menyarungkan cincin kejari isterinya.Yg ini sebenarnya pun ramai pengantin lelaki terlepas pandang ada yg buat ada yg tak buat hanya sekadar ucapan syukur lepas diaakadkan tapi mana pembuktian syukur nya?

Bagaimana rumahtangga nak berkat jika awal bismillah pun dah tak betul? 

8.MEMBACA DOA DIUMBUN ISTERI

Wow part ini lah yg saya dan suami sangat-sangat puji kerana ini cara rasulullah,saya tak pernah nampak pengantin lelaki buat mcmni, ada tu ada tapi sangat segelintir itu pun hanya pada lelaki soleh yg tahu hukum hakam agama dan mengamalkan sunnah rasulullah.Love sangat part ni ❤️

9.TIADA PALUAN KOMPANG

Paluan kompang telah ditukar pada sentimental muzik yg mendamaikan. 

10.TIADA JOGET LAMBAK

Ada sesetengah majlis akan mengadakan tarian bollywood atau joget gaya bebas tapi tidak bagi majlis beliau.

11.TIADA KARAOKE

Banyak majlis kawin yg saya pergi rata-rata ada karaoke bagi memeriahkan majlis.Tak silap saya adalah dalam 2/3 artis terpilih yg dijemput mendendangkan lagu bagi memaniskan sedikit majlis beliau. 

Lihat cara beliau nampak jelas beliau lebih menitik beratkan tentang KEBERKATAN MAJLIS walaupun overall majlis beliau kelihatan mewah.Hanya inilah satu-satunya majlis perkahwinan artis malaysia yg saya puji dan bagi saya dia seorang artis yg baik clean dari sebarang gosip panas, punya PR yg baik, soft and smooth spoken and she's got  BEAUTY WITH BRAIN.

TAHNIAH, SELAMAT PENGANTIN BARU HINGGA KEKAL SAMPAI KE SATU JANNAH

YANG ABADI BUAT

MIRA FILZAH ❤️ WAN EMIR

c/p dari facebook milik Rina Rosli

0 comments