Followers

52 WEEK SAVING CHALLENGE

TEMPLATE DOWNLOAD

Assalamualaikum hai !

Bulan march ni dah mula sibuk dengan belajar. Sibuk fikir fanal year project 1 dan assignment assignment bapak susah menguji kesabaran aku. Tambah keadaan diri yang asyik mengantuk nak tidur ni lagi buat tak de mood nak update blog. Seten betul lah.

Okay, dah agak lambat untuk kita mulakan saving challenge sebab dah masuk bulan 3, sepatutnya bulan 1 dah mula kan. Tapi bagi aku tak ada yang terlambat kan. Buat je lah sikit sikit sebab minggu minggu pertama tu tak berat sangat.

So challenge ni adalah 52 week saving challenge dimana setiap seminggu saving akan meningkat sebanyak RM1. Maksud nya kalau minggu pertama tahun 2018 korang letak RM1 dalam tabung, minggu kedua tambah lagi RM1, jadi RM2. Total tabungan akan jadi RM3 lah kan. Dan seterusnya macam tu. Sehingga minggu akhir 2018 korang akan save RM 1378. Banyak kan ? Bagi aku dah banyak.

Kenapa aku menabung?

Sebab aku nak pergi travel 😂😂

Aku ni jenis kalau nak apa apa tak kan mintak duit dari mak ayah. Masih belajar pun kalau boleh aku taknak mintak duit sesen pun dari diorang. Aku banyak cari duit sendiri sejak diploma lagi. Join palapes semua sebab nak tanggung belanja dekat tempat belajar. Time diploma kecik lagi, so hujung hujung sem dah kopak, mintak jugak lah duit. Dah degree ni rasa macam umur pun dah tak patut mintak duit mak ayah lagi, so pandai-pandai lah cari duit.

Kenapa cari duit? Sebab aku bukan jenis berjimat. Kalau orang lain boleh jimat tak beli benda bukan-bukan, tapi aku tak. Nafsu membeli lagi menang dari aku. Jadi aku kena cari duit sendiri untuk kelengkapan aku sendiri. Sejak masuk diploma semua baju besar baju kecik aku beli sendiri. Baju raya je kalau mak aku beli pun. ahhh melalut dah ni.

Kepada yang nak download template challenge ni dipersilakan. Sebab aku gigih buat sendiri, dan nak kongsi dengan korang semua sebab tu aku upload gambar setepek ni terus. Sorry ada watermark background dari google aku tak perasan. guna je lah sebab malas nak tukar dah. Oh ya, tips aku korang menabung guna tabung besi yang memang tak boleh bukak tu. Kalau nak bukak kena guna cutter. Contoh macam gambar kat bawah ni.

sorry gambar kurang berkualiti sebab ambil malam dan ala kadar

Tabung ni dekat kedai eco ja. RM 2.12. Kecik ja tak besar tin milo lah. Tapi muat la nak isi duit tu. Masukkan duit besar- besar jimat lah ruang. Amount pun banyak  😀😁😁 Kalau nak saving banyak, beli la 2 3, murah je tabung ni. Lepas tu label la 'tabung travel', 'tabung kawen', 'tabung nak beli apa apa', ' tabung hadiah mak ayah' Macam tu la lebih kurang.

Macam mana cara aku cari duit lebih dekat universiti ?

jeng

jeng

jeng

Nanti lah kalau rajin aku cerita.. 😀😀

Lastly, sape dah buat challenge ni ? aku tengok dekat blog kak shiqah, konfem kak shiqah dah buat. So orang lain ada buat konsep ni tak ? Kalau ada kita bakal geng. Sebab aku pun baru nak mula. Baru nak join the clan.

10 comments

  1. miza dah mula awal jan ritu. Tapi kita pakai tabung lut sinar bagi semangat tengok duit beranak

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau saye nnti takot tak tahan tgk dia beranak, korek cepat2 hehehe

      Delete
  2. yeah... kita geng .... kak pip pun buat tabungan mcm ni, konon nak beli kamera baru ... hehe. hope tahun ni berjaya kumpul duit dan tetap pendirian menabung setiap minggu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap berjaya kak pip. sya banyak benda nak buat. kena buat 3 4 tabung. tapi mana nak cari uwang nya yaa

      Delete
  3. Zumal asyik tak dapat istiqamah menabung...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun sama sebab tak de income hari2. tapi kena kuatkan semangat. kikikih

      Delete
  4. boleh folow ni chalnge ni

    ReplyDelete
  5. Not back how you plan for your saving. By that time you have save 1k plus. I also save for trip. Haha.

    ReplyDelete
  6. bagus sngt challenge ni lela.. yg bestnya masa akhir tahun ni.. fuhh.. hehe

    ReplyDelete
  7. Tak buat stail nie.. tak kuat iman.. kikiki

    ReplyDelete