Minggu kita masak-masak dan picnic Taman Tasik Cyberjaya. Selalu nya tak ada idea nak pergi mana-mana. Kalau ada idea pun haruslah kita menghabiskan masa dekat Ikea sambil berangan bersama. Since aku jenis suka lagi masak sendiri dan makan dengan yang tersayang berbanding pergi cari kedai makan mana-mana. Kalau aku masak tak sedap pun tetap kena makan. Lols!
Jadi minggu ni kita masak nasi ayam penyet ya sebab hari tu ada orang cakap "wahhh, sedapnya ayam penyet, dah lama tak makan" then aku akan tunaikan dengan sekali ping ping pong! dah siappppp ayam penyet nya.
Aku terlebih rajin nak update resepi minggu ni, nampak macam blog dah lama tak berasap dengan resepi ya. Dapur tetap berasap hokey! walaupun untuk makan malam sahaja. Okay ayuh kita buat nasi ayam penyet ya ibuk2. bahan ni untuk makan 2 orang ya ibuk2 bukan 1 kampung.
Bahan-bahan:
3 inci halia
6 ulas bawang putih
*tumbuk halus dan bahagikan kepada dua
Bahan-bahan untuk rebusan ayam:
2 bahagian drumstick ayam
1 bahagian tumbuk halus tadi
2 inci lengkuas
3 keping daun salam *kalau ada, aku tak masukkan
1 ketul kiub ayam
air untuk rebusan sehingga menenggelam kan ayam.
**bahagi air rebusan kepada 3 : 1 bekas untuk nasi,1 bekas untuk sup, dan 1 cawan lebih aja untuk bancuhan tepung
Bahan-bahan untuk sup ayam (air rebusan untuk sup):
1 sup bunjut
sedikit air, kalau nak sup banyak
sedikit potongan batang sup
½ sudu kecil lada sulah
garam secukup rasa
1 sudu kecil serbuk ketumbar
½ sudu kecil jintan manis
½ sudu kecil jintan putih
Bahan bahan untuk perapan ayam:
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
3 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk kunyit
½-1 sudu besar serbuk kari daging
½ sudu kecil lada sulah
½ sudu kecil garam
bahan tumbuk halus 2
Bahan-bahan untuk nasi ayam penyet:
3 cawan beras
4 ½ cawan air rebusan ayam
2 helai daun pandan
sedikit garam
Bahan-bahan untuk sambal ayam penyet:
minyak masak
1 genggam ikan bilis
1 biji bawang besar
3 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
3 biji cili merah besar
7-8 biji cili padi
2 biji tomato,saiz besar
1 sudu besar belacan
gula secukupnya
garam secukup rasa
2 biji perahan jus limau nipis
Bahan-bahan untuk sambal ayam penyet(sambal kicap):
1 senduk sambal merah **yang belum goreng (di atas)
kicap pekat manis
Bahan-bahan untuk salutan tepung:
lebihan rempah perapan ayam
1 cawan tepung beras
1 biji telur
sedikit garam
anggaran 1 cawan air rebusan ayam, bancuh sehingga sebati dan pekat
Bahan-bahan hiasan lain:
1 keping tempe
3 ketul tauhu
sayur kobis/kacang panjang
hirisan daun sup/daun bawang
Cara-cara:
1. Rebus ayam bersama bahan rebusan ayam. Rebus ayam ni penting untuk menjamin ayam yang lembut dan masak sampai kedalam. Rebus selama 15 minit ataupun lebih dengan api yang sederhana. (Aku rebus ayam sambil buat sambal merah, siap sambal merah baru tutup api rebusan ayam)
2.Sambil rebus ayam, Goreng ikan bilis sehingga garing, angkat dan toskan minyak, guna minyak yang sama goreng bahan-bahan sambal merah yang lain sehingga lembut. angkat dan masukkan dalam chopper. Nak pakai blender pon boleh. Aku pakai chopper supaya bahan-bahan tak fully blend.
Aku pakai chopper macam ni.
3) Lepas dah saip blend sambal merah, masukkan balik dalam kuali tapi, minyak baki menggoreng tadi jangan tukar, pakai minyak sama je, tambah perasa, garam dan gula secukup rasa. Lepas tu perah limau nipis dan ketepikan. Masukkan dalam bekas. Sambal merah kita dah siap.
4) Angkat ayam rebusan tadi, ambil 1/3 dari air rebusan ayam dan masak nasi macam biasa. Kalau nak wangi letak daun pandan. Tapi aku tak letak pun dah wangi dah.
5) 1/3 air rebusan ayam tu kita buat sup kosong. biarkan je dalam periuk tadi dan tambah bahan untuk sup. Masukkan sup bunjut dan daun salam. Kalau tak ada daun salam, beli je rempah sup bunjut mak siti, dalam tu dah sedia ada sehelai daun salam. Tambah bahan-bahan lain untuk sup dan tambah perasa dan garam secukup rasa. Dah siap sup kosong kita.
6)Dalam bekas lain masukkan bahan tumbuk tadi yang tinggal lagi separuh dan bahan-bahan lain untuk perap kan ayam. Perap sekejap pun dah okay. Aku perap tak sampai setengah jam pun. Ataupun step ni boleh buat awal-awal tadi supaya ayam boleh perap lama.
7)Dalam bekas lain bancuhkan bahan untuk menggoreng, gunakan sedikit dari air rebusan tadi untuk membancuh. Then ambil ayam yang dah diperap tadi, celupkan dan bancuhan tadi dan goreng secara deep fry dan make sure minyak betul-betul panas ya. Gorenga tak perlu lama sebab ayam kita dah masak, cukup bahagian luar dan serdak dia rangup dah boleh angkat.
8) Dalam bancuhan yang sama, rendam tauhu dan tempe dan goreng dalam minyak yang sama. Tauhu dengan tempe ni goreng paling last ya.
Aku tak buat sambal kicap, sebab? malas nak banyak-banyak, bagi aku ada sambal merah dan sup tu sudah mencukupi. Siaplah ayam penyet dari Aswalela.
Dah siap untuk dibawa picnic, gitttewww. ade ke orang bawak nasi ayam penyet pergi picnic? tak hispter langsung okay! Layan kan aje lah.
P/s : Resepi ni diambil dari resepi che nom ya dan diolah, di ter 'miss' bahan-bahan dan ditambah bahan-bahan sendiri.
Ada orang makan sampai bertambah-tambah tau, seronok bila kita masak, berselera orang makan, sampai kita tengok orang makan pon dah rasa kenyang. Baru lah rasa semangat je nak masakkan. Selamat mencuba semua dan selamat menjamu selera. :)
Thanks for reading this entry!