Ayam Kyochon ni menjadi viral pulak lepas keknis buat story pasal masak chicken korea spicy ni. Roomate aku pun duk request suruh masak ayam korea. Memang dah lama nak masak, dah tengok cara nak buat ni awal awal tapi kalau nak buat kat kampung kot lah mak ayah tak makan sebab bukan tekak korea kan. Buat dekat kolej ramai saja tekak korea kat sini. Tapi sebenarnya cara dan rasa lebih kurang ayam masak merah je. Cuma tambah bijan terus nampak korea nya. Lepas ni boleh buat kat kampung pulak.
Aku tak dan nak snap satu satu gambar. Cuma sempat rakam video macam keknis tu. Nanti aku upload ya. Dekat facebook atau youtube. Aku tempek sekali dekat blog ya.
Ok jom tengok resepi.
Bahan bahan :-
Ayam ( aku buat bahagian wing, baru nampak korea. nak bahagian drumstik pon boleh, nak buat pop corn pon boleh)
Tepung segera pak long ( Aku cari tepung bestari dekat tesco tak de, rembat je la pak long sebab malas nak buat sendiri tepung, kalau nak buat sendiri pakai tepung jagung, tepung beras dan soda bikarbonat sedikit)
Bawang putih 4 ulas
Cili kering / cili giling
Sos cili 4 sudu
Cuka bajet sendiri
Madu bajet sendiri
Garam
Gula
Bijan (sanggai atau goreng tanpa minyak)
Cara cara :-
1. Bersihkan ayam, pecah kan telur, celup ayam dalam telur dan gaul dengan tepung segera pak long.
2. Goreng guna cara deep frying. Minyak banyak dan panas.
3. Angkat ayam dan ketepikan
Bahan sos :-
1. Kisar cili kering dan bawang putih
2. Minyak sedikit dan tumis sehingga garing.
3. Masukkan sos cili, cuka, madu, gula dan garam.
4. Kacau sebati dan masukkan ayam yang dah digoreng tadi.
5. Kacau sehingga rata sos dengan ayam.
6. Angkat dan tabur bijan yang telah disanggai.
7. Dan siap untuk dimakan bersama nasi atau makan begitu sahaja.
Aku buat ni pakai cili kering super hot sampai makan pon menagis weh. Kawan aku kata spicy dekat kyochon shop pon tak pedas macam ni. Kalau yang memang suka pedas memang suka la macam ni. Kalau tak tak tahan pedas memang menagis la nak makan. Aku pakai cili jenis ni. Beli dekat Tesco, Kalau korang tak makan pedas please jangan beli yang ni. Serius pedas aku tak tipu.
Kalau suka pedas aku sarankan beli yang ni. Pakai 10 cili je pun dah pedas sampai ke otak. Okay itu sahaja perkongsian resepi yang jarang sekali aku kongsi ni. Bukan tak masak tapi takkan resepi tomyam resepi telur goreng pun nak kongsi kan. Sebab student ni bukan hari hari makan sedap. Jarang jarang sekali je boleh masak best best.
Thanks for reading this entry !
14 comments
terliuq..nmpak sedap!
ReplyDeleteMy sister and my friends semua tekak korea and dorang tahan pedas. So rasanya nanti boleh lah cuba hahaha thanks for this post
ReplyDeleteTqq bagi resepi ni, memang tengah plan nak buat. Heheh. Sedapnya!
ReplyDeleteada tgk kt ig hanis zalikha..rmi jug tgk kwn2 yg dh buat...ada kesempatan bole try nanti
ReplyDeleteWaah kena cuba ni.. Mesti padu rasa dia kan ?
ReplyDeleteassalamualaikum leyla.
ReplyDeletelanding here lepas sepagi blogwalking frens' blog. done folo alang-alang.
aida ni tak pernah jejak korea. but dari blogging la tau makanan viral ni.
hmmmmm sedap nampak gambo.
mudah plak resepi nyer :)
Ayam Kyochon SEDAP!! Kalau pergi Pavilion mesti makan kat Kyochon. Bertahan jela kalau ramai orang. TQ for the recipe. Boleh cuba nanti. Tak sempat tengok resepi keknis.
ReplyDeleteSedap nampaknya tu. Adik kak ana pun sibuk nak cuba resepi ni. Tak tau lah dh buat ke belum.
ReplyDeleteomg.. sedapnyaaa lelaaa.. tolong buatkan plis.. hahaha
ReplyDeletesedapnyaa sedapnyaa tapi pedas2 sangat takut. kadang2 tu tak pedas tak sedap. haahah complicated sangat =D
ReplyDeleteyeayy nak buat petang ni. TQ #salamperkenalan http://nineteencapri.blogspot.my/
ReplyDeleteApa beza kyochon dgn yangnyeom
ReplyDeleteApa beza kyochon dgn yangnyeom
ReplyDeleteWah bagus resepi akak ni...Simple and detail...yg paling penting barang yg dia suggest tu siap bgthu tempat dia beli...so mudah bg kitorg nak mencari...btw thanks share resepi ni...nntnak buat lah huhuhu.sedapnyaaa nak pulak buat pedas2
ReplyDelete