Followers

RESEPI SPAGETI AGLIO OLIO PALING MUDAH

Assalamualaikum..

Dah lama gambar ni bersarang je dalam laptop ni, tapi tak terupdate juga. Tak nak update rasa syang pulak. Tak apa lah, kita rajin kan diri untuk update banyak lagi masakan dekat bar In My Kitchen. 


Antara banyak banyak jenis masakan pasta, yang ni paling senang. Tapi masak pasta ni senang je sebab pakai instant dalam botol pun dah siap. Yang ni pun simple je, tak payah nak sos itu sos ini, tambah cili boh la apa laa.


Bahan-bahan :


  1. pasta
  2. Bawang putih (cincang)
  3. tomato ceri
  4. cili
  5. seafood (udang, sotong, kepah dan sebagainya, jangan letak ketam sudah)
  6. olive oil
  7. oregano herbs
  8. chilli flakes
  9. garam secukup rasa


Cara-cara:


  1. rebus pasta dengan sedikit minyak supaya pasta tidak melekat pada periuk.
  2. Rebus atau goreng seafood terlebih dahulu.
  3. Keluarkan seafood dan letak dalam bekas lain.
  4. tumis bawang hingga perang
  5. masukkan cili, tomato dan seafood yang dah dimasak tadi.
  6. Gaul dan perasakan dengan garam.
  7. masukkan pasta dan tutup api dapur. Gaul sehingga sebati.
  8. tabur oregano dan chilli flakes.
  9. siap! selamat menjamu selera.


Tuan punya blog ni sebenarnya tak terrer masak pun, bagi je resepi macam mana saya masak, tak ada termaktub pun cara-cara ni dalam buku. Boleh rujuk kepada yang lebih arif kalau nak resepi yang sebetulnya. Cuma sekadar berkongsi di blog tersayang ni.

Main campak campak sebenarnya dah menjadi, ikut je kata hati, asalkan lepas masuk tekak. Nak sedap macam masakan hotel kena praktis banyak kali laa, kalau masak western boleh je refer resepi dekat website tapi kalau masakan melayu tolonglah  refer mak mak dan nenek nenek masing masing. Bukan apa, resepi orang tua ni lebih sedap dan sempurna berbanding resepi dalam internet yang dah banyak olah dan cut barang barang yang perlu.

Itu lah serba sedikit pesanan berguna dari aku. Kikikih. Padahal diri sendiri pun malas nak menuntut dengan orang tua. Tapi kadang kadang kalau masak dengan mak kat dapur tu ada lah dia cakap masak itu ini, ajar sikit-sikit. Tapi kebanyakan nya dari pemerhatian la, tengok mak masak itu ini, tahu la macam mana, lepas tu cuba la sendiri. In shaa Allah jadi, kalau tak jadi, suruh mak touch up balik.

Thanks for reading this entry !

7 comments

  1. Uishhhh nampak sangat menyelerakan isu pun banyak tu hehe. Dah la memang faveret saya aglio olio ni haha. Boleh la nak try ni kalau teringin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. kalau beli kat kedai tak ada nya nak dapt sotong udang belambak macam ni. jadi better buat sendiri ja

      Delete
  2. Sedapnyaaa..huwa.. terliur nih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehhee. ampun2, p beli brang2 lepas tu boleh main campak2 dalam kuali

      Delete
  3. Kejam la entry ni...sedapnyaaa

    ReplyDelete
  4. aglio olio sedap kot! haih teringin xx

    http://www.erinazmir.com/

    ReplyDelete