Followers

KADANG KADANG KITA PERLU LUPAKAN KESUKAAN KITA UNTUK ORANG TERSAYANG.

Assalamualaikum.

Dah lama nak update pasal ni tapi mood tak sampai sampai, lagipun nak letak tajuk yang sesuai pun susah nak fikir. Akhirnya dapat lah tajuk sebegitu rupa.

Nak cakap pasal kesukaan ataupun sesuatu yang kita addict. Macam aku, aku sangat addict untuk travel. Kalau boleh aku nak travel seluruh dunia. Tapi plan travel ni selalu tak jadi atas sebab sebab tertentu. Dan sebab utama nya adalah orang yang tersayang. Ma dan ayah.

Ibu bapa mana yang tak risaukan keselamatan anak anak kan. Dulu bila mak ayah marah buat tu buat ni. aku buat tak tahu je. sebab ye lah, jiwa remaja, kita rasa kita boleh buat semua benda tanpa memikirkan bahaya yang mendatang.

Ramai yang travel solo tapi elok je selamat, selalu ini ja yang aku fikir. Tapi ma akan cakap, kalau apa apa jadi, awk je satu satu nya anak ma, kalau awk tak ada, ma dah tak ada siapa2 lagi. Tapi dulu tetap berdegil, tapi bila dah mula membesar ni, aku mula terfikirkan orang yang tersayang.

Kalau apa apa terjadi atas aku, betapa sedih nya mereka. Betapa mereka akan salahkan diri mereka sebab tak boleh nak jaga anak sorang walaupun sebenarnya anak dia yang degil semacam.

"Kalau nak travel, nanti dah ada suami pergi la travel dengan suami awak"

Ya, suami dengan kawan sesuatu yang berbeza. Dah tentu lagi seronok bergembira dengan kawan kawan. Tapi ibu bapa akan rasa sedikit lega kalau pergi dengan suami, sebab dia tahu ada orang yang akan jaga keselamatan nak dia.

Jadi untuk sementara ni, aku nak cuba hilangkan addict dan impian aku nak travel tu. Nak cuba luangkan sebanyak mungkin masa dengan keluarga. Kerana kita lupa, dalam masa kita semakin membesar, kita lupa yang mereka juga semakin tua. Suatu hari Allah akan ambil mereka dari kita. Dan tak mungkin kita dapat jumpa lagi.


8 comments

  1. travel dengan suami ada seronoknya juga, mungkin lagi seronok berbanding pergi dengan kawan-kawan

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe. mungkin ada seronok nya tapi dah tak boleh gila2 mcm dgn kawan. huhuuh

      Delete
  2. wahhh sama la concern mak ayah dayah dengan ma ayah lela. dayah addict dengan travel, masa duduk dekat nilai, pergi jer mana boleh pergi sebab tu boleh sampai ke china, tapi lepas dah duduk dengan mak ayah ni, susah sikit diorang nak kasi pergi jauh2, takut katanya, adoii, memang la bila kahwin boleh pergi dengan suami, tapi kalau dapat suami kaki travel macam kita ok la, maunya dapat yang nak duduk dekat rumah jer, alaa,, sadiss bila fikir..hurmm

    ops! terluah panjang pula..hehe ampun yer lela

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kan kan. kalau dpt yg kaki travel tak apa laa. kalau tak urmmm. tak apa lah, Allah dah aturkan yg terbaik untuk kita kan. kalau berbakti pd mak ayh, mesti dpt blsan yg baik kan lepas tu. In shaa Allah

      Delete
  3. Sama je mana2 parents pon. My parents pon concern even kalau just nak keluar malam. But I'm planning on a solo trip ni, taktau lagi macam mana nak bagitau depa haha.

    ReplyDelete
  4. Yang menyakitkan hati bila dapat suami jenis yang tak suka travel pergi mana-mana.

    Diari Mommy Muhaimin

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuhu, harap sangat tak dapat yang jenis macam ni

      Delete
  5. Samalah, saya pun harap sangat nak travel satu dunia tapi setakat ni keawangan tak berapa mencukupi and tak kerja lagi haha. Saya doakan impian awak berjaya satu hari nanti. btw saya singgah sini dan follow ya. jemput singgah blog saya :)

    http://anothersyed.blogspot.com

    ReplyDelete