Assalamualaikum.
waaaaa rindunya blog. Seminggu lebih memang tak boleh layan blog langsung. Study study dan study. Biasa lah hari biasa mana nak study. Main je yang pandai kan. Jadinya bila study week baru nak pulun study semua benda. Nasib baik dua paper je. Dua paper pun azab nya macam apa je.
Lepas jawab math terus demam. Nak sambung next paper memang malas nak study dah.
Belum terlambat kot untuk aku ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua umat islam di dunia. Sibuk sampai tak sempat nak buat entry puasa. Acah sibuk sangat je padahal ada ja duk scroll instagram dan twitter semua, Apa apa pun ucapkan Alhamdulillah sebab masih diberi peluang untuk kita berjumpa dengan Ramadhan bulan penuh kemuliaan. Ye lah, kita jumpa Ramadhan tahun lepas, belum tentu kita boleh jumpa Ramadhan tahun ni. Dah jumpa Ramadhan tahun ni belum tentu boleh jumpa penghujung Ramadhan dan belum tentu bolh jumpa Ramadhan tahun hadapan. Semoga kita dipanjangkan umur untuk berjumpa dengan Ramadhan seterusnya.
Gambar kat atas tu study untuk last paper. Lighting tu terang sangat sampai aku nampak putih. Sebenarnya tak ada selawa dalam gambar tu pun aku ni. Memang dilahirkan kulit tak berapa nak cerah. Redha je la. Mata, muka penat Tuhan je tahu. Muka dah macam kena pernuaan teruk. Macam orang tua muka tak ada seri sebab hari hari tido tak menentu. Pukul 12 malam tidur, bangun pukul 2 pagi, study sampai lepas sahur. Lepas subuh tidur jap bangun pukul 8 pagi. Study sampai pukul 12 tido jap bangun lepas zohor, sambung study. rehat kejap kejap time solat. Terseksa jiwa raga. Lepas ni memang nak kena prepare awal. Kena study awal dalam kelas baru tak kelam kabut masa study week.
Ok,
Setakat itu dulu lah bebelan pagi hari aku kali ni. Selamat bersahur semua ya. Jangan lupa bangun sahur sebab sahur tu penting tau. Supaya tak diserang penyakit terutama nya gastrik.
///
4 comments
yeay goodluck leyla, dah boleh raya dengan chill dah kan :) selamat berpuasa buat leyla sekeluarga.
ReplyDeleteinshaa Allah kak ana. selamat bepuasa juga untuk kak ana sekeluarga
Deleteboleh beraya dengan aman.. ihihih
ReplyDeleteAmboi, study hard sis ni. By the way, good luck for your exam. http://diarimommymuhaimin.blogspot.com/
ReplyDelete