Rupa rupanya dah dekat setahun blog ni bernama aswaleyla.com. Dah lama blog ni beranak cuma tahun lepas baru dapat surat beranak yang sah. Selama ni pakai blogspot. Blogspot pun okay cuma untuk memastikan blog kita tidak dipadam dengan sewenang wenangnya, makaharuslah kita bertindak lebih awal dengan bertukar kepada domain. Murah je aih, jangan nak kedekut sangat. Bukan bayar bulan bulan pun. Setahun sekali ja.
Lepas tukar domain tahun lepas, aku berazam nak blogging betul betul lah. Tapi azam cuma tinggal azam, seorang leyla tetap malas nak update blog hari hari. Sepatutnya aku lebih beri komitmen tapi tetap abaikan. Jadi azam tahun kedua kena lebih kuat lah. EH, jangan kat sini, nanti buat entry happy birthday dekat blog aswaleyla dot com ni. Macam macam azam aku nak tulis nanti.
Untuk entry ni, terima kasih kepada NetKL kerana memberi peringatan dan terima kasih kerana berkhidmat dengan baik sepanjang aswaleyla ber domain. Muah sikit untuk NetKL.
0 comments