MALU
Orang melayu kalau beranak sebelum nikah, memang perlu buang nak ya ?
Sungguh aku malu bila disoal begitu oleh orang bukan melayu. Aku kelu tak tahu nak cakap apa. Tak tahu jawapan apa yang aku perlu jawab. Aku cakap tak boleh.
Then, why mereka buang anak tu kalau tak boleh ? kenapa tak bagi orang saja ?
Kelu kali kedua. Jawapan yang paling mudah nak jawab, "Mereka itu sudah tak boleh nak fikir positive, sudah takut parents mereka marah. Jadi mereka tak tahu mahu buat apa supaya tak malu dengan orang sekeliling"
Benda ni semua orang tak nak terjadi kepada diri sendiri termasuk lah aku. Dengan iman hanya senipis kulit bawang ni, nak tempis hasutan syaitan, agak susah tapi tak semestinya tak boleh. Kadang kadang kita sendiri tak boleh menduga masa depan kita sendiri. Apa yang perlu kita buat, berhati hati dengan semua orang. Berhati hati dengan tindakan yang kita buat.
Sama sama kita berdoa agar tak kena pada diri kita. Mintak jauh dari perbuatan seperti ini. Paling senang pun, ingat la, 2 malaikat sentiasa bersama kita, melihat semua yang kita lakukan dan catat amalan kita. Ingat lah, Allah S.W.T. sentiasa memerhatikan kita. Baru lah kita sentiasa berwaspada dengan setiap perbuatan yang kita lakukan.
0 comments