Cerita 9 tahun dulu aku simpan kat sini selain simpan di memori aku yang masih elok ni. In shaa Allah. Cerita semasa aku nak ambil result UPSR. Dulu aku memang anggap UPSR ni peperiksaan aling penting dalam hidup aku. Yelah, ni kali pertama aku menduduki peperiksaan besar kan. Jadi siang malam aku belajar. Siang malam aku menghadap buku latihan.
Aku ni memang terkenal dengan menangis lepas lepas jawab peperiksaan. Jawab SPM pun aku nangis lagi. Nangis sebab aku cakap aku tka boleh jawab. Aku takut tak dapat A. Masa UPSR pun sama lah. Lepas paper je aku nangis. Paling teruk aku nagis subjek matematik. Memang aku takut betul lah masa tu.
Hari ambil keputusan tu, lagi la 100 kali ganda takut kan. Guru besar aku yang pergi ambil keputusan dekat PPD kan. Orang lain boleh lagi main kejar-kejar. Aku masa tu memang tak senang duduk dah. Ulang alik aku pergi kat pejabat. Tanya kerani sekolah. "Lambat lagi ke guru besar nak sampai?" Punya aku cuak. Lepas tu aku masuk betapa balik dalam kelas.
Kerani sekolah datang kelas dan panggil aku dengan lagi 2 orang kawan yang sama-sama berlawan result. "Lela, awak dapat 3 A je, Jamilah dengan Aimi dapat 4A 1B" Perggghhh, berderau darah aku. Terus aku lari naik bilik komputer kat tingkat 2 sambil nangis-nangis ala-ala cerita hindustan lepas putus cinta tuu. Serius sama. Kaawan aku tanya kenapa nangis, aku tak jawab, terus sambung nangis.
Kerani dengan mak aku dah gelak kat dalam kantin sekolah. Lepas tengok aku dah teruk sangat nangis, dah macam putus cinta sangat dah. Ma call aku, masa tu bawa telefon nokia 3310 ja. Ma call cakap
"K.na dapat 5A lah, tapi jangan lah bagitahu orang lan dulu"
Lepas tu apa lagi, makin parah lah aku nangis, Ni nangis gembira tambah kena prank lagi. Sampai hati betul kan depa prank aku. Lepas tu baru lah rasa lega sikit. Happy lah kan dapat 5A. Acececeh. Masa kecil-kecil sekolah rendah rajin lah aku belajar buat latihan bagai. Dah besar -besar jadi pemalas ya ampunnn.
P/S
Kepada adik-adik yang ambil result hari ni. Walau apa pun keputusan nya, jangan putus asa. Bukan UPSR je penentu masa depan adik-adik, banyak lagi cabaran, ujian, jalan kat depan sana. Teruskan usaha sampai berjaya. Jangan putus asa. Keep Moving. Jangan jadi mat rempit minah rempit sudah. Ok adik-adik. janji dengan hakak yee . Kipidap ! Dongibab !
Selama seminggu bercuti dekat kampung. Selama seminggu jugak lah blog ni bercuti. Satu apa pun tak berupdate. Saja nak bagi peluang dekat blog untuk bercuti. UV makin hari makin kurang. Macam mana tak kurang, Blog tak update siapa nak masuk kan? Jadi hari ni tamatlah cuti mid sem aku. Dan kembalilah aku ke Perlis. Sekarang dah ada d Perlis. Dekat sini ja aku boleh online pun. Kat kampung mana nak ada line internet.
Balik cuti ni macam aku makan, apa aku nak makan mak aku masak. Rasa nya semua macam tu kan ? Tapi biasa nya aku makan banyak kat rumah atuk aku. Sebab makan kat situ simple simple dan kampung habis lah. Sampai aku tak boleh nak tahan dengan godaan makanan tu. Mana tak nya, dia hidang ikan goreng, budu dengan ulam kacang botol, memang tak tahan lah aku. Pulak mak saudara aku duk menghasut aku suruh makan. Memang berlpat-lipat dah perut aku ni.
Hari tu mak aku buat pulut manis, tapi time tu aku tak ada kat rumah, duk Perlis lagi. Teringin punya pasal, mak aku buat satu kuali besar, ambik kau. Siap aku tapau bawak datang Perlis lagi. Sempena Deepavali ni aku buat biskut siput, taruk kari dan daun kari sikit, kasi ada feel deepavali sikit. Tapi lupa taruk telur. Dah siap goreng, keras bergegar otak aku makan. Ok la, lambat habis kata ma.
Duduk melepak rumah atuk aku, belajar buat kuih badak. Cucur badak mungkin. Menjadi, rupanya senang je buat kuih tu. Lepas tu nak belajar buat kuih peria tapi tak cukup masa. Padahal malas dah. next time cuti boleh belajar lagi. Nak belajar semua jenis kuih hajatnya. Ok. sekian laporan habis cuti.
 |
| sumber google |
1. Boleh Jadi Kanser
Jika anda suka guna pelembut kain selepas mencuci pakaian kerana bau yang wangi, perlu tahu kandungan acetaldehydes yang tinggi menjadi penyebab utama penyakit kanser. Lebih elok cuba elak menjemur kain di dalam rumah kerana berbahaya jika anda selalu sedut udara tersebut.
2. Pengaruh Alergi
Udara yang terperangkap di dalam rumah boleh menjadi bakteria. Kalau anda yang ada masalah kulit, kena belajar elak jemur kain di dalam rumah. Sebab ini salah satu faktor utama anda mengalami alergi (ruam) dan masalah gangguan pernafasan.
3. Beracun
Pernah tak anda basuh kain dan terlupa nak sidai dan akhirnya kain yang dibasuh bertukar bau jadi busuk walaupun pakaian sudah direndam pelembut. Ya, itulah racun. Hanya dalam jangka waktu tertentu, udara yang disedut beri kesan buruk kepada kesihatan kepada anda tanpa disedari.
4. Asma
Pengeringan pakaian di dalam ruangan akan meningkatkan kelembaban ruangan dan menyebabkan kenaikan debu. Ini adalah satu punca utama penyebab asma dan alergi.
5. Lemahkan sistem ketahanan tubuh
Boleh melemahkan sistem ketahanan tubuh kalau selalu amal jemur kain dalam rumah. Jadi tidak pelik kalau anda cepat selesema, demam atau mungkin diserang pelbagai penyakit lain. Jalan penyelesaiannya, anda boleh sediakan tempat jemuran di luar rumah. Kalau tiada tempat sangat, cuci kering lagi selamat. Cuma jimat tidak begitu nak menjadilah! Semuanya di tangan anda, kalau boleh pastikan kain yang basah terdedah dengan sinaran matahari tetapi jangan secara terus. Nanti cepat pula kusam dan luntur warna kain anda.
Source : Facebook
Akhir tahun ni banyak betul promosi itu promosi ini. Paling aku tak tahan bila tengok promosi Air Asia. Memang betul-betul menguji kesabaran aku. Air Asia tak habis-habis duk email aku last call last call. tak tahu ke yang aku ni tengah tak ada duit ? Hahaha. marah marah.
Tunggu lah aku da bajet nanti. Semua tempat aku nak pergi. Kena rajin berblog lagi lepas tengok adsense aku dah berjalan walaupun belum sampai 1 dollar. Sabar. Sikit-sikit jadi bukit nanti. Tengah duk kumpul duit. Alangkah seronok kalau duit dari blogging aku dapat guna untuk pergi travel. *berangan lagi.
Plan tak jadi aku yang paling besar adalah nak pergi bagpacker dari Loas balik ke Malaysia pakai jalan darat, pergi tu nai flight laa. Tapi tu plan tak jadi. Aku harap menjadi lah plan tu. Bukan tahun ni, bukan tahun depan, tapi suatu hari nanti. In shaa Allah. Tak boleh nak janji, sebab ajal maut semua ditangan Allah kan. Lagipun mak ayah aku mesti jadi penentang yang kuat.
Jadi apa cara aku nak buat bila berangan nak travel tapi tak ada bajet ? Ni, kena buat macam ni .
9 Secret To How People On A Budget Travel The World Like A Boss.
Aku masih ada satu mini projek untuk buat model meja moden. Aku pilih dining room modern table. Tak tahu lah sejauh mana menjadi meja aku tu. Dalam duk mencari idea, jumpa pulak dekorasi untuk dapur. Mula lah berangan nak dapur macam ni. Ni aku pilih decor untuk dapur aku nanti. hahaha
 |
| sumber google |
 |
| sumber google |
 |
| sumber google |
 |
| sumber google |
 |
| sumber google |
So, apa kata korang pulak ? lawa tak decoration ni. In shaa Allah dapur aku nanti macam ni. kekekeh. Tak apa, angan-angan biar tinggi melangit kata orang. Tak boleh capai bulan pun, sekurang-kurang nya boleh kutip bintang sikit-sikit.
Rupanya ada ja DIY untuk dapur yang cantik. Aku terbaca dalam website ni
DIY DAPUR IDAMAN. Kalau korang ni penggemar DIY, boleh lah try tengok, mana tahu boleh buat kan. Selamat ber DIY yaa .