Followers
Assalamualaikum.
Entry ni khas untuk semua yang masih single mingle ataupun yang bakal menjadi single. Saja ja wujudkan entry ni dalam masa yang sama aku dikelilingi kawan yang punya pasangan masing-masing. Kononnya aku stress sebab still bersendirian.
Tapi ada sebab aku masih pertahankan single ni. Atau aku memang tak laku? Aku tak kisah pon kalau betul aku tak laku.
Entry ni khas untuk semua yang masih single mingle ataupun yang bakal menjadi single. Saja ja wujudkan entry ni dalam masa yang sama aku dikelilingi kawan yang punya pasangan masing-masing. Kononnya aku stress sebab still bersendirian.
Tapi ada sebab aku masih pertahankan single ni. Atau aku memang tak laku? Aku tak kisah pon kalau betul aku tak laku.
SEBAB KENAPA SINGLE NI BEST
1. BOLEH PAKAI APA SAHAJA YANG AKU SUKA.
Like seriusly benda ni lah selalu bawak gaduh sebenarnya. Aku tak suka orang halang cara aku pakai. Memang la bagus kalau ada pasangan yang nak menegur cara kita berpakaian. Tapi selagi pakaian tu tak melebih-lebih, ok kan ? Kalau pakai litup sebab pakwe pun apa gunanya? Ok aku jahat.
2. TAK ADA ORANG AKAN JELES BILA AKU LEPAK DENGAN KAWAN-KAWAN.
Yang ni pun part yang aku paling tak boleh blah. Kalau ada pakwe, dah tentu aku dah tak boleh lepak dengan kawan kawan macam sekarang. Kalau sekarang aku boleh lepak dari pagi sampai ke malam. ewahhh, bohong sangat. Maknanya aku boleh lepaking dengan semua kawan perempuan dan lelaki. Seronok kan ?
Mungkin kau lepaking sambil buat aktiviti gila sambil bergelak tawa. Tapi kau takkan boleh jadi macam ni kalau kau ada pasangan kecuali pasangan kau seporting tahap gila punya.
3. TAK PERLU NAK FIKIR HADIAH NAK BAGI DAN HADIAH AKAN DAPAT BILA BIRTHDAY.
Haaa. yang ni pun satu hal. Kalau dah kapel sah-sah ni yang kena fikir. Birthday kau birthday aku, masing masing kena ada hadiah kan?
4. TAK PERLU NAK HADAPI PERGADUHAN DENGAN PIHAK KETIGA.
Dalam percintaan ni, kehadiran orang ketiga ni lah yang paling worst sekali dalam hubungan percintaan ni. Dalam setiap hubungan mesti ada yang ketiga kan ? kalau tak ada pun, mesti kau akan ada-ada kan konon nya gaduh tu sweet, gaduh tu merapatkan lagi hubungan.
5. BOLEH TRAVEL KE MANA SAHAJA BILA-BILA MASA TANPA ADA SESIAPA YANG HALANG.
Kalau ni aku setuju sangat. Berapa ramai yang ada teman, kekasih hati, bila nak pergi mana-mana, tak mintak izin? ada ? tak ada kan ? semua akan minta izin dulu, semua kena report segala nya dahulu. Kalau nak pergi, ada kawan lelaki sama, konfem tak boleh pergi, kalau pergi konfem perang dunia kedua akan BERMULA !
![]() |
| Choose where should i go ? |
6.AKU ADA BANYAKKK MASAAA YANG FREEE.
Kalau ada kekasih hati, dah tentu separuh masa kita akan dibahagikan untuk dia. Dan mana masa untuk kawan ? parents ? study ? lepak ? makan ? buang air ? ops, ok lebih.
7. BOLEH BUAT APA SAHAJA YANG AKU NAK
Aku boleh tidur sesuka hati, boleh makan sesuka hati, boleh lepak sesuka hati, boleh travel sesuka hati, boleh wasep dengan sesiapa sesuka hati. Semua sesuka hati selagi tak bercanggah dengan ajaran ISLAM. Aku pun ada iman ok ! walaupun senipis kulit bawang !
![]() |
| Boleh rempit sesuka hati dengan sesiapa sesuka hati. kenangan ja nii. rempit dari perlis ke penang |
Ada lagi sebab lain. tengok next entry kat sini REASONS WHY SOMETIMES BEING SINGLE IS ACTUALLY THE BEST
Assalamualaikum.
Terlebih dahulu aku nak minta maaf untuk sesiapa yang tak setuju dengan statement tajuk entry aku kali ni. Aku cerita ni berdasarkan penglihatan dari mata hati aku. Cewahhhh. Dan hidup sekeliling aku, dah tentu lah student engineering kan? Kalau student education, medic, kalau pointer tinggi tu memang sudah tentu nya best student kan.
Dari satu cerita suatu hari kawan aku masuk lab dengan classmate baru. Dorang kena buat lab turning dan milling, lepas tu nak cari group member yang pointer tinggi sebab nanti senang dapat markah tinggi. Alih-alih bila lab tu berjalan, depa tak buat kerja pun. Nak sentuh machine jauh sekali. Kawan aku jugak yang kena buat semua kerja besi tu. Alasan dorang
"Kami belajar untuk jadi engineer, bukan jadi technician"
Hello ~ Senang nya hidup kauu. Datang belajar teori hafal sana sini, pastu nak jadi engineer? Kalau lah hidup ni sesenang tu. Demand tinggi gila budak-budak ni. Kalau buat kerja pun tak pandai, tak guna kau jadi engineer dik .
Dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. lect aku pun cakap, dekat industri, boss tak nak jugak ambik student yang pointer 4.0, 3.9 sebab majikan pun tahu yang depa ni bukan boleh buat kerja pun. Bagi hafal teori boleh lah. Tapi dalam indutri engineering memang perlukan banyak kemahiran dengan machine bukan nya hafal teori machine. Kalau hanya mampu nak hafal teori machine tak payah, sebab dalam industri dah belambak instuction dengan machine tu. Tak perlu hafal. Cuma kena tahu macam mana nak run machine, macam nak baik pulih machine kalau dia down, macam mana nak setup machine.
Dalam industri, golongan-golongan profesional like engineer, executive ni lah yang senang di buang kerja kalau suatu hari industri tu merosot atau pun dunia mengalami kegawatan ekonomi. Golongan yang selamat adalah TECHNICIAN. Kenapa? sebab tanpa tecnician, machine down, tak de orang nak baiki. Engineer? machine tak faham kalau kau pi baca teori depan dia. Dia tak ada telinga.
So, jangan lah bodoh sombong sangat dengan orang bawah ni. Kalau kena belajar tu, belajar lah, buatlah apa yang disuruh tu. Sebab semua tu membantu kita dimasa depan tau. Bukan saja-saja lect suruh buat lab secara manual tu. Tapi sistem pembelajaran ni, kena tahu dari awal sampai lah akhir. Bukan tak de machine milling dan turning automatik, Cuma kena belajar dari bawah.
Giveaway CINTA by CN
Klik banner untuk join
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sempena Jualan Gudang Karangkraf yang lalu, CN telah memborong beberapa novel CINTA. Jadi sukacitanya disini bahawa CN ingin memberi 3 buah novel CINTA kepada peserta Giveaway CINTA by CN melalui random.org. Pemenang novel adalah 3 orang. Bukan itu sahaja, 10 peserta bertuah akan dimasukkan ke dalam bloglist Januari 2016 CN. Hah ! Best tak?
Syarat-syaratnya Giveaway CINTA by CN :
1. Follow blog CikguNorazimah,
2. Add To Circle G+CikguNorazimah,
3. Like Fanpage Facebook Cikgu Norazimah
5. Buat entri bertajuk "Giveaway CINTA by CN"
6. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
7. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen ini.
8. Giveaway ini akan berlangsung dari 1 - 30 November 2015 dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 5 Disember 2015.
Copy Coding Entri Yang Disediakan Ini :










