Assalamualaikum.
|Jadi blogger untuk apa ?| Entry ni terhasil dari entry ejoy. Ejoy ni pon salah sorang #FeedExchangeGroup aku taw. Apa #FeedExchangeGroup? nantikan entry seterusnya.
Ok berbalik kepada tujuan entry ni, kenapa aku jadi blogger ? Sedangkan ada je yang ejek ejek cakap apa tah duk tulis tulis pasal kehidupan sendiri, pasal kau nak gi mana, pasal kau makan apa . Biasa la tu, dalam semua benda ada pro and kontra . Ada positif ada negatif . Pada asalnya aku mula berblog ni sebab suka tulis pasal personal kat sini . Pasal kehidupan aku . Tapi bila dah lama lama rasa macam satu medium perkongsian yang boleh diguna pakai untuk semua orang.
Bila aku tulis blog ni aku harap apa yang aku kongsikan ni berguna untuk semua orang . Sebab kalau aku nak tahu something and anything, aku akan cari mr google. Sebab semua yang aku nak tahu biasanya dorang akan kongsi kat dalam blog . So senang je la nak dapat apa apa maklumat,tips,resepi dan nasihat kan.
lagi ... Aku jadi blogger sebab nak apa yang aku tulis ni kekal sampai bila bila . Even sampai aku dah tak ada didunia ni pon . kata orang, harimau mati tinggalkan belang, blogger akan tinggalkan penulisan nasihat yang berguna untuk anak anak cucu akan datang.
lagi .. Aku nak blog ni jadi panduan orang kebanyakan . contoh macam mana nak cari tempat best best . makanan best best . budaya budaya lain . Kalau boleh aku nak kongsi semua yang best best la dalam blog ni . Tapi setakat ni tak tercapai lagi lah .
Income ? siapa yang tak nak duit kan ? biasanya orang akan pikir blogger ni dapat income banyak . Tapi realiti nya tak ada la banyak . Kalau nak banyak kena banyak usaha . Tak ada rezeki datang bergolek tanpa usaha kan . betol tak . Kalau pikir duit, aku pon nak riban riban .
Tapi berblog ni aku rasa seronok . boleh kenal kawan kawan blogger, even aku tak pernah kenal secara face to face. tapi still rapat . macam mana rapat bila aku kenal geng geng #FeedExchangeGroup . Havoc habis kau . Tak menang tangan bila bersembang . *orang besembang pakai mulut, kita pakai tangan.
OK, apa pulak pandangan korang tentang blogger ni ? Jadi blogger untuk apa ?











