Kalau balik kampung tak sah kalau Iqbal tak singgah sini. Dia memang peminat coklat, tapi bila beli yang habiskan laju je leyla. Hehehe. Dekat je dengan kampung Iqbal. Laman Choco ni dekat sangat dengan dengan Laman Tebu yang viral di sungai besar tu, tapi tak tahu kenapa dorang tak beramai-ramai datang sini, sini lagi best kot boleh beli coklat. Tapi dekat laman tebu tu pun kami tak pernah singgah walaupun orang situ sebab asyik ramai je orang memanjang. Tak berminat pulak nak berhenti.
Biasa kami akan beli coklat tub ni. Korang ingat dulu kan ada brand Rielkies Airel zafrel tu, haa rasa dia lebih kurang macam tu la, cuma ni murah je RM10. Rielkies kan RM17. Lepas tu boleh pilih topping sendiri, nak add on topping atau mix cereal dia. Bestkan. Nak beli tu baru add topping semua.
Hari tu cafe tepi ni belum buka, sekarang dah buka dah. boleh beli air. Dekat belakang cafe ni ada tempat ala-ala nak healing macam tu, korang boleh la bergambar kat situ. Hari tu pergi Afeeya tidur dalam kereta jadi leyla tak turun, lagipun kalau dari kampung nak balik rumah memang leyla pakai asal boleh je, malas nak bersiap so memang tak ado la nak ber ootd bagai kalau pakai macam makcik-makcik kan.
Ini air yang kami beli hari tu. Tapi dah lupa nama apa hahaha.
Yang ni Latte nutella something like that la, Okay la rating 8/10
Tapiii yang ni apa lah nama lupa tapi cadbury something like that. Rating 3/10 hahaha rasa macma susu Afeeya. Iqbal minum ja sampai habis sebab bila kacau cadbury dia baru rasa coklat. Tapi aku tetap tak boleh nak telan sebab rasa macam susu Afeeya.
Yang penting coklat dia sedap dan murah. Okay kalau korang nak pergi, google je lah laman choco, jarang dia depan 500 meter je dari laman tebu tu. Kalau datang laman tebu boleh la singgah sini.