Yeeeyy ! nak join segmen ni . simple dimple je . meh join semua . in shaa Allah boleh tambah kenalan baru .
Followers
Assalamualaikum .
Dah lama aku tak join segmen sebenarnya . Malam ni rasa macam nak join disamping support family EFG. Ok, tanak cakap banyak . Jom join segmen tingkatkan follower by Bonde yang ceria and comey lotey ni .
Segmen ni ada hadiah ye yang menanti. Mana tahu rezeki kita dapat hadiah kan .. :) klik banner untuk join .
Assalamualaikum.
Entry lepas leyla ada cakap pasal satu group yang best giler ni kan . So sepatotnya dah lama leyla update pasal ni . Tapi masa tak mengizinkan . Busy je memanjang, tak menyempat nak update blog. Komen2 pon tak berbalas. Sori semua, leyla appreciate kat sape yang komen . Tapi serius talk busy sekarang. Tak menyempat nak online . Tapi leyla tak lupe BW. Yang paling first leyla akan BW, dekat bloglist geng geng . Bloglist geng geng ni terdiri daripada ahli group #ExchangeFeedGroup la .
OK.
#ExchangeFeedGroup ni ditubuhkan untuk meningkatkan lagi trafik blog dengan menempatkan blog blog lain di dalam blog blogger lain secara bergilir gilir. Tak paham ? macam ni la . hari ni hang kena tempek feed blog A, blog A akan tempek feed blog B, blog B akan tempek feed blog C, blog C akan tempek feed blog A . Ada paham ? Kira nya akan bergilir gilir secara adil dan saksama.
#ExchangeFeedGroup ni bukan untuk blog blog femes ja . Blog blog tak femes macam aku ni pon boleh join. Kat dalam group ni ramai otai otai. So korang boleh la belajar pasal blog dengan mereka. Mereka sangat lah baik, sanggup tunjuk satu satu tentang blog kepada kami yang tak berapa nak mahir ni .
#ExchangeFeedGroup dapat merapatkan lagi ikatan silaturahim antara blogger. Ramai blogger yang kita kenal tapi tak pernah jumpa face to face pon, tapi kita still lagi boleh rapat macam dah adik beradik . Berkongsi cerita, masalh, persoalan dan sebagainya .
#ExchangeFeedGroup boleh meningkatkan semangat berblog antara blogger. Mereka akan mendorong korang untuk update blog setiap hari . Tak ada idea nak update apa? Jangan risau . Sambil borak borak kosong pon, ada je topik yang keluar . Macam cerita kami sembang .
#ExchangeFeedGroup sekarang berkeluargakan seramai 13 orang . Semua terdiri daripada lain lain latar belakang dan pembawakan dalam dunia blog . Ada yang berblog pasal parenting, sport, tips, review, personal, photograph and lifestyle. See, semua boleh join, tak terikat pada mana blogger yang ada follower ramai ataupun tak .
nak join ? kami sangat mengalu alu kan anda semua . Cuma perlu whatapp ke no di atas ataupun email . Kalau malu, email je dekat leyla dekat aswaleyla@gmail.com. Leyla akan tolong .
Jemputlah like ke page kami . SINI dan boleh dapat info info dan update dari semua blogger di #ExchangeFeedGroup.
Assalamualaikum.
|Jadi blogger untuk apa ?| Entry ni terhasil dari entry ejoy. Ejoy ni pon salah sorang #FeedExchangeGroup aku taw. Apa #FeedExchangeGroup? nantikan entry seterusnya.
Ok berbalik kepada tujuan entry ni, kenapa aku jadi blogger ? Sedangkan ada je yang ejek ejek cakap apa tah duk tulis tulis pasal kehidupan sendiri, pasal kau nak gi mana, pasal kau makan apa . Biasa la tu, dalam semua benda ada pro and kontra . Ada positif ada negatif . Pada asalnya aku mula berblog ni sebab suka tulis pasal personal kat sini . Pasal kehidupan aku . Tapi bila dah lama lama rasa macam satu medium perkongsian yang boleh diguna pakai untuk semua orang.
Bila aku tulis blog ni aku harap apa yang aku kongsikan ni berguna untuk semua orang . Sebab kalau aku nak tahu something and anything, aku akan cari mr google. Sebab semua yang aku nak tahu biasanya dorang akan kongsi kat dalam blog . So senang je la nak dapat apa apa maklumat,tips,resepi dan nasihat kan.
lagi ... Aku jadi blogger sebab nak apa yang aku tulis ni kekal sampai bila bila . Even sampai aku dah tak ada didunia ni pon . kata orang, harimau mati tinggalkan belang, blogger akan tinggalkan penulisan nasihat yang berguna untuk anak anak cucu akan datang.
lagi .. Aku nak blog ni jadi panduan orang kebanyakan . contoh macam mana nak cari tempat best best . makanan best best . budaya budaya lain . Kalau boleh aku nak kongsi semua yang best best la dalam blog ni . Tapi setakat ni tak tercapai lagi lah .
Income ? siapa yang tak nak duit kan ? biasanya orang akan pikir blogger ni dapat income banyak . Tapi realiti nya tak ada la banyak . Kalau nak banyak kena banyak usaha . Tak ada rezeki datang bergolek tanpa usaha kan . betol tak . Kalau pikir duit, aku pon nak riban riban .
Tapi berblog ni aku rasa seronok . boleh kenal kawan kawan blogger, even aku tak pernah kenal secara face to face. tapi still rapat . macam mana rapat bila aku kenal geng geng #FeedExchangeGroup . Havoc habis kau . Tak menang tangan bila bersembang . *orang besembang pakai mulut, kita pakai tangan.
OK, apa pulak pandangan korang tentang blogger ni ? Jadi blogger untuk apa ?




