Assalamualaikum.
Sini leyla betul-betul rasa nak kongsi. Dulu leyla selalu juga baca Al-quran, baca al waqiah & al rahman ni almost setiap hari. Masa tu rasa tenang, rasa cukup. Lepas tu kita sebagai manusia ni kadang-kadang alpa dengan urusan dunia, rasa sibuk sangat sampai rasa tak ada masa untuk beribadah, nak mengaji semua. Padahal masa tu semua dari Allah, ada masa sebenarnya untuk kita luangkan masa beribadah. Tapi kita manusia yang sombong rasa masa tu tak pernah cukup.
Bila dah mula busy dengan dunia, mula lah rasa hidup sedikit tak teratur, rasa tak cukup sana sini, rasa macam-macam lah dan terutamanya rasa jauh. Bila tanya apa yang jauh, kita pun tak ada jawapan, tapi terasa jauh.
3 hari lepas leyla scroll facebook dan ada lah sepintas lalu gambar yang berkaitan ibadah challenge, banyak . tapi leyla terasa macam dah lama tak baca al waqiah dan al rahman. jadi dekat tempat kerja leyla pakai earphone dan buka youtube surah Al waqiah dan al rahman, dengar sambil buat kerja. Ikot baca dalam hati.
Nak tahu apa ajaibnya surah ni?
Rezeki datang bertalu-talu walaupun leyla dah tak promote efferty, dah lama leyla tak dapat order dan promote efferty lepas kawan-kawan lain dah berjaya hamil. Sebab leyla cuma bantu kawan-kawan terdekat yang masih TTC. Leyla terkejut sebab sampai 3 orang sekali datang customer walaupun leyla tolak customer sebab tak ada stock dekat leyla dah.
Ya Allah sungguh besat kelebihan dia. Leyla tak cakap yang bila baca surah tu, kita dapat rezeki, rezeki tu semua datang dari Allah, tapi bila datang selepas kita berserah sepenuhnya kepada Allah kita rasa lebih besar nikmat dia. Rasa terkejut dan terfikir kenapa selama ni aku lupa pada dia. Dulu pun sama masa tengah buat part time bussines, hari-hari baca, hari-hari buat dhuha, memang rezeki tu masuk banyak. Tapi bila kita dah tak berharap, kita mula lupa pada Dia.
Betul-betul hari jumaat ni bagi kesedaran dekat leyla. Pada kawan-kawan yang dah lama dan nak cuba buat challenge ni, jom lah kita, bukan unutk rezeki pun, untuk ibadah dan mengejar pahala Allah. Amin.
Ingin nya aku berlari
dan mendekatimu
rupa-rupanya kau
didepan mata
"Marsha milan-Cinta"