Followers

CARA NAIKKAN BACAAN HB (HEMOGLOBIN BLOOD)


 Assalamualaikum. 

Untuk pertama kali pregnant memang tak tahu lagi apa itu HB. Orang asyik cakap hb low, hb normal, leyla memang no idea apa yang dibincangkan, sehingga lah bila sendiri mengandung baru tahu hb tu apa. Rupanya darah hemoglobin, ingat kan darah tinggi ke rendah bila cek tekanan darah tu je. Rupanya setiap kali pergi checkup kena hulur tangan untuk ambil darah, kalau dulu sangat takot ya nak cucuk ambil darah sebab jarum dia besar dan siap nampak lubang jarung lagi. Tapi sekarang kurelakan segalanya doktor, buat lah nak buat apa pun. 😂😂

Apa itu Hemoglobin?

Hemoglobin adalah molekul protein dalam sel darah merah, yang bertugas mengangkut oksigen dari paru-paru ke seluruh tubuh, dan mengembalikan karbondioksida ke paru-paru. Saat kadar Hb normal pada ibu hamil tidak tercapai, anemia boleh terjadi.

Anemia di masa hamil sering kali dikaitkan dengan berbagai kondisi berbahaya, seperti berat badan bayi lahir rendah, kelahiran prematur, dan kematian ibu saat persalinan.

Kadar hemoglobin normal pada ibu hamil lebih rendah dari wanita dewasa yang sedang tidak hamil.

*Hb normal ibu hamil berada pada angka ≥ 11 g/dL

*Nilai Hb pada ibu hamil dengan anemia ringan: 10-10,9 g/dL

*Nilai Hb pada ibu hamil dengan anemia sedang: 7-9,9 g/dL

*Nilai Hb pada ibu hamil dengan anemia parah: < 7 g/dL

Sementara itu, pada wanita berusia di atas 15 tahun, nilai hemoglobin yang tidak dianggap sebagai anemia, berada pada angka ≥ 12 g/dL.

Awalnya hb masih okay sampai lah dah masuk trimester ke dua, tiba-tiba hb drop. Memang dapat rasa cepat sangat penat waktu tu. Jalan sikit dah mengah, nafas jadi pendek-pendek dan telinga jadi berdengung macam kita dekat kawasan tinggi. Susah sangat nak bernafas. Sebab kekurangan zat besi dan vitamin b mungkin. 

Lepas tu nurse suruh datang check up 2 minggu sekali. Sebelum ni sebulan sekali sahaja, sebab perlu pantau hb ni, jadi tepaksa lah datang 2 minggu sekali. Jumpa doktor dan doktor consult pasal ubat. Silap leyla juga sebab selalu skip New Obimin tu, bila balik kampung, ubat pun entah kemana. Bila check up lepas 2 minggu alhamdulillah hb dah kembali normal. Apa yang leyla buat ? 

ATUR SEMULA JADUAL MAKAN UBAT 

Sebelum ni leyla makan ubat sebelum tidur, sebab bila makan waktu pagi dia ada rasa yang tak best. Rasa nak muntah. Tapi doktor suruh makan pagi, semasa perut kosong. Jadi terpaksa lah makan waktu pagi, untuk elakkan rasa tak best tu leyla minum dengan jus oren. Obimin ni tak boleh minum dengan susu atau sewaktu dengan nya. Tapi boleh diminum dengan air buah, pastikan perut kosong. 

Kalau nak tahu Obimin tu bertindak balas tak dengan badan kita, tengok kita punya 'poop'. Kalau warna hitam maknanya ubat tu berkesan dan sedang berkerja la dalam badan kita. Awal-awal tu terkejut jugak tengok kenapa warna macam tu, seram ooo, lepas tu nurse tanya poop ada warna hitam tak, takut-takut nak jawab takut ada problem. Pastu dia cakap kalau hitam means ubat tu react la dengan kita, bagus la kalau macam tu. Terus laju-laju mengaku hahaha. Awal-awal takut. 

Ada juga tambah Obical sebab rasa macam badan dah makin kurang kalsium. Tangan dah mula kebas-kebas hujung jari, leyla memang jenis susah nak consume susu hari-hari. Bukan segelas sehari ya, ibu mengandung perlu minum 3 gelas susu sehari untuk cukupkan kalsium yang diperlukan, jadi lebih baik beli pil kalsium je senang, telan je dah settle. hehe. 

MAKAN KERANG 

Kebetulan weekend hari tu nak top-up bahan basah, kami ke pasar pasir penambang, beli lah kerang sekilo setengah. Iqbal alergik kerang jadi memang leyla sorang je makan dia cuma makan 3 4 ketul je, tu pun dah pening kepala. Bayangkan leyla habiskan 1 kilo setengah tu sorang-sorang. Buat kerabu kerang ala thai macam ni sedap. Tapi kerang tak boleh makan banyak. Cukup 1 -2 kali seminggu je sebab tinggi kolestrol. Leyla makan sekali tu saja lepas tu dah tak makan dah. 

MAKAN HATI AYAM

Makan hati ayam atau hati lembu juga tips untuk naikkan hb, tapi leyla cuma makan hati ayam je lah senang nak dapat. Goreng dengan kacang buncis makan bersama nasi putih & sambal goreng pun sedap. 

MAKAN JAMBU BATU

Jambu batu juga salah satu tips untuk naikkan balik hb, makan setiap hari. banyak juga khasiat yang ada dalam jambu batu. Vitamin C pun paling banyak ada dalam jambu batu berbanding oren. Makan tanpa kupas kulitnya ya, makan bersama kulit. 

MAKAN SAYUR HIJAU

Sayur hijau mestilah baguskan, banyak zat dalam sayur hijau. Leyla makan kailan & sawi. Masak apa pun pastikan letak sayur hijau. Kadang-kadang ada jugak tak makan kan, sekurang-kurangnya cuba la tambahkan menu sayur hijau dalam pemakanan harian. Banyak khasiat dia rugi kita tak makan. 

MINUM AIR LAI CHI KANG

Bahan-bahan dalam lai chi kang ni bagus untuk sejukkan badan. Biasa nya orang cina minum red dates untuk naikkan hb, hari tu masa leyla MC sebab darah rendah pun bos suruh minum red dates, cukup rendah red dates semalaman dan tambah sweet sikit dah boleh minum katanya. Siap belikan red dates tea lagi untuk leyla minum. Prihatin betul kan. Jadi bila weekend leyla buat lai chi kang, letak red dates, goji, dan semua bahan-bahan lai chi kang. Minum sejuk-sejuk layan jugak musim panas ni kan. 

Itu la yang leyla buat sepanjang misi 2 minggu naikkan balik HB, alhamdulillah dah berjaya naik dan rasa lebih bertenaga. Tak ada dah rasa cepat penat. Kalau low hb, kena kawal juga pengambilan caffien. Kalau boleh stop dulu sekejap sebab kaffien akan cepatkan lagi bacaan hb kita turun. Jantung pun akan laju berdegup buat kita makin penat. 

Antara makanan lain korang boleh cuba makan daging merah, telur, buah-buahan, produk tenusu kacang & bijirin. boleh juga cari mknn seperti asid folik, zat besi, minyak ikan dan zink. Kena try and error semua makanan. Hb low ni boleh anemia dan boleh effect dekat baby. Nanti darah tak cukup oksigen dan boleh menyebabkan kelahiran pra matang dan pembesaran baby terganggu. Jadi kena cari juga jalan untuk normalkan balik hb. Memang setiap bulan hb akan semakin menurun tapi jangan turun bawah paras minima iaitu bawah dari 11. 



1 comments

  1. Sha dulu amalkan makan jambu batu dgn minum air jambu batu campur serbuk asam prune nak bg HB naik..

    ReplyDelete