Sejak mula mengandung sampai lah sekarang ( 3 bulan ) muka masih breakout dan semakin teruk. Orang kata muka breakout dan tak berseri tanda anak lelaki. Wallahualam. Tak kisah lelaki atau perempuan janji sihat akal dan tubuh badan. Ameen. Semua ni sebab hormon meningkat mendadak sebab tu muka jadi breakout. Tak perlu bimbang sebenarnya sebab dia akan baik sendiri lepas bersalin, tapi rasa tak boleh duduk diam tengok keadaan muka macam ni.
Skincare yang sesuai untuk pregant mommy?
Pregnant mommy perlu pilih skincare yang lebih selamat untuk skin dan juga baby. Skincare untuk mommy mengandung perlu elakkan retinoid, saliylic acid & hydroquinoine. Jadi kena pastikan dalam skincare kita tiada bahan-bahan tersebut. Elakkan dari skincare yang mengandungi alcohol, colourance, fragrance & paraben. Paling terbaik pilih skincare yang lebih natural dan berasal dari tumbuhan. Serum kekasih pun dah stop sebab mengandungi Tranexamic acid, alpha arbutin & snail secreation. Jadi masih ada bahan lain walaupun tidak termasuk dalam bahan terlarang tadi.
Body shop skincare set menjadi pilihan kali ni. Niat hati nak ambil tea trea set tapi sebenarnya tak perlu sebab jerawat dan breakout sekarang terjadi disebabkan hormon pregnant mommy bukan sebab masalah kulit atau lain-lain masalah. Jadi pilih jenis soothing dahulu sebab lebih mild dan diperbuat dari aloe vera. Memang akan menyejukkan muka dan meredakan rensangan pada kulit.
Kenapa tak pilih Vitamin E set ?
Sebab skin kita tengah meradang, bila kita cuba apply something yang agak kuat dia akan worth kan lagi kulit. Jadi jalan terbaik adalah soothing kan dulu skin supaya reda kan radangan dekat skin. sob sob.
So here, beli 1 set terus sebab jimat sikit. Dah ada harga untuk 1 set, cleaser, toner & moisturizer. Moisturizer pilih day cream sebab boleh pakai siang & malam. Kalau night cream takut tak boleh pakai siang sebab lebih tebal. Risau jadi terlebih berminyak.
Aloe calming foaming wash
Gently cleanse your skin with our refreshing Aloe face wash. Your skin will be left feeling clean, fresh and calmed. Our foaming wash provides daily cleansing for sensitive skin.
-Formulated for sensitive skin
-Pure Community Fair Trade aloe from Campeche, Mexico
-No added fragrance, colour or alcohol
-Formulated without preservatives
-Soothe and calm sensitive skin with the power of Aloe Vera.
PRICE : RM 64.00
Foaming wash dia macam ni. Bila press dia akan keluar foam buih macam ni. Best dan sangat jimat. Pakai 2 pump je dah cukup. Tak ada lah kita nak tuang banyak-banyak kan. Bila apply dekat muka pun dia rasa selesa dan tak berat, last time leyla punya cleanser jenis cleanser biasa tu, bila apply dekat muka jadi macam heavy dan tak sampai 30 second cepat-cepat bilas sebab tak suka.
Since pregnant memang sensitive dengan bau, bau cleanser pun boleh buat lemas. This one tak ada bau dan so far memang selesa pakai.
Yap, i sensitive with soap fragrance. Shower gel dah berapa kali tukar sebab bau dia rasa nak muntah dan malas nak mandi sebab lemas dengan bau wangi. At last beli yang mild & milk base sebab kurang bau bunga etc... sabun basuh pinggan pon sama, terpaksa la tahan nafas kalau basuh pinggan.
Aloe calming toner
The Aloe Calming Toner is enriched with C ommunity Fair Trade aloe vera from Campeche, Mexico. It may look all tough with its spiky exterior, but on the inside aloe vera is a big softie. That’s why it’s perfectly suited to soothe dry, sensitive skin. What a relief!
-Specially formulated to soothe and replenish dry, sensitive skin
-Helps skin to feel hydrated, softer and more supple
PRICE : RM70.00
Aloe soothing day cream
Our Aloe Soothing Day Cream is like a little hug for sensitive skin, gently smoothing its way over dry patches leaving skin that feels refreshingly cool and beautifully soft. Breathe in, breathe out and soak up the wonders of our aloe vera moisturiser
-A kind, caring and gentle formula for sensitive skin
-Enriched with Community Fair Trade aloe vera from Mexico
-Use daily for healthy-looking skin
-Vegan
RM 70.00
Untuk moisturizer texture macam cream tapi cream yang sangat nipis. Lebih prefer jenis waterbased cream macam body shop youth moisturizer, yang tu sangat best tapi harga agak pricy. Yang ni baru first time guna tapi boleh la nanti tengok bila pakai lama-lama okay tak dengan skin.
Untuk 1 set ni dapat RM175. Harga asal RM204, boleh la jimat RM29. Hopefully okay dengan skin sekarang, at least dia cooling down sikit kulit sekarang.
Dan my husband also grab his perfume since dia guna my perfume sampai habis. Cari perfume yang guna sebelum ni, my charms tapi sudah habis, sebab perfume tu datang time seasons sahaja jadi bila dah habis stock then tak ada baru dah. sobs.
Harap nya skincare ni okay dengan skin sekarang. Ya, nanti dia akan baik semula lepas deliver, tapi tak boleh nak tengok muka sendiri dengan breakout macam ni. Keyakinan kelaut. Nasib baik jugak tengah pandemik ni semua orang wajib pakai mask. Jadi keluar tanpa make up dengan yakin nya. Ok, jumpa next entry pulak lah.
Thanks for reading this entry !