Assalamualaikum.
Dah lama aku duk usha body mist ni dekat victoria secret. Time aku pergi mall tak ada pulak offer nya. Time aku tak pergi tu ada lah sale. Hari tu yang kecoh sampai gaduh dekat VS aku tak dapat pergi jugak. Sebab dekat Terengganu tak ada VS.
Nak beli perfume tapi tunggu dulu sebab duit aku bukan dapat macam gaji masuk bulan-bulan. So sabar dulu. Nampak dekat website dia harga ada diskaun maaa. Rasa nak beli tapi malas nak pergi Aman Central. Dah hujung sem ni barang semua beli online sebab malas nya nak keluar rumah.
Tapi aku tak pernah la pulak beli VS ni online. Cari website VS Malaysia kan macam tak de tempat nak order online je. Siapa kat sini pernah beli online, okay ke tak ? Kan aku order online mau tak sebulan baru sampai. Ke ada personal shopper dekat Aman Central. Hahaha. Punya tahap tak nak keluar rumah seketul aswaleyla ni.
Please please kalau ada personal shopper nak tolong belikan. Hehehe. Kalau beli 2 ni jimat sikit. Boleh la bagi ma satu sebagai hadiah hari ibu. *Hari ibu hari tu aku tak bagi apa-apa kot. Boleh la bagi ni terus kalau dapat beli.
Assalamualaikum
Tahun ni dah genap 3 tahun blog aswaleyla.com ni. Aswaleyla,com ya tak termasuk nama nama yang zaman dulu kala. Kalau kira tahun aku blogging dah 8 tahun sejak 2010 tapi tak consistent dan ada padam padam post, padam blog. Pejam celik pejam celik dah 3 tahun ada domain sendiri. HAPPY BIRTHDAY TO MY LOVELY BLOG at 25 may 2018. Dah lewat 3 hari sebenarnya.
Al kisah tak ada duit dalam akaun online jadinya payment domain tertangguh dan menyedihkan bila domain dah expired. Ni aku taip blog sambil renew domain. Nasib baik net.kl baik, bagi 20 hari untuk renew domain kalau tak domain ni tak kan boleh guna dah.
THIRD BIRTHDAY WISHES
1. Supaya aku lebih rajin dan konsisten dalam menulis blog ni. Tak nak sendu sendu dah. Target taknak letak tinggi2 sebab takot tak tercapai. Cukup lah lebih baik dari 3 4 bulan yang lepas.
2. Wish supaya aku lebih banyak idea nak tulis benda benda yang lebih berguna kepada semua orang. Bukan gosip gosip retis nak bagi traffik cepat naik. Traffik slow takpe asalkan berguna untuk orang yang memerlukan. Yedok?
Cukuplah setakat 2 je dulu. Nampak je sikit tu sebenarnya berat nak buat kedua dua nya. Keep support me okayh.