Followers

PULAU PERHENTIAN : MALDIVES OF MALAYSIA #MYTRAVELADVENTURE

Hello guys 💋💋

Pulau Perhentian Maldives Of Malaysia #MYTRAVELADVENTURE | Siapa je kat sini yang tak ada keinginan nak ke Pulau Maldives, antara pulau tercantik di dunia. Tapi jangan terkejut kalau dekat negara kita sendiri pun ada Pulau Maldives ni. Malah mungkin lebih cantik dari Pulau Maldives tu sendiri.


Sungguh, sekali jejakkan kaki kesini, terasa bagai nak terus tinggal dekat situ. Berat je kaki melangkah pulang ke rumah. Hati bagaikan tertinggal di Pulau Perhentian. Pulau Perhentian adalah antara pulau tercantik di Malaysia.

SunBath
Masih tak percaya Pulau Perhentian ni mampu mengalah kan Pulau Maldives yang menjadi sebutan ramai tu ? 😍😍

Jangan risau untuk menginapan dan flight.  Korang boleh book dekat traveloka.com untuk memudahkan korang. Tiket flight korang boleh tempah terus ke Kota Bharu kerana lebih dekat dan cepat untuk ke Pulau Perhentian.

Aktiviti yang dilakukan di Pulau Perhentian

Hiking Ke Kincir Angin





Subhanallah. Dari atas sangatlah cantik dan damai. Biru laut ni boleh buatkan kita lupa semua masalah yang ada dalam fikiran. Cantik dan sempurnanya ciptaan Nya.

Nak naik kincir angin ni kena hiking dalam masa lebih kurang 30 minit naik dan 20 minit turun. Kenapa naik masa panjang ? Sebab penat jugak lah nak mendaki bukit tu walaupun tidaklah setinggi gunung tapi boleh tahan termengah mengah la nak naik sana. Boleh juga naik bot dan berenti bawh dekat jeti tu. Tapi tak feeling la senang senang je nampak view.

Kalau dari atas, dengan usaha penat lelah terus nampak pemandangan macam ni, hilang semua penat. Hilang semua mengah. Terus rasa segar dan energy recharge dengan kecantikan tempat ni.

Snorkeling Di Taman Laut.


Sayangnya kamera kalis air tak ada. Tak boleh nak ambil gambar underwater. Tapi jangan risau. Gambar dah diambil dan disimpan dalam memori otak. Korang kena tengok sendiri dengan mata baru feel. Ni salah satu point snorkeling. Subhanallah cantik sangat. Ikan nemo bermain main dekat rumpai laut. Sangat sempurna.

Biasa nya snorkeling memang pakej sekali dengan hotel atau resort yang kita sewa. Kalau tak ada pun masih boleh cari kaunter untuk daftar snorkeling. Snorkeling dia akan bawak beberapa cek point. Ada cek point penyu. Aku sempat la tengok penyu tengah makan tengah hari. Ada shark point tapi masa aku pergi baby shark keluar makan kot. Tak de pulak masa tu. Tak ada rezeki kata orang. Tapi sebenarnya seram sejuk jugak nak jumpa shark walaupun cuma baby shark.

Fire Show Di Waktu Malam. 



Sini mat salleh la yang buat fire show ni. Terror kot diorang baling baling batang api tuu. Seram jugak la aku tengok. Kan terjatuh atas kepala naya. Tapi diorang ni dah pandai dah. Memang kepakaran dia dah. Jadi tak bahaya lah pada diorang.

Sunrise




Setiap tempat yang aku pergi mesti sunrise dulu yang dicari. Sungguh terlalu bahagia bila tengok matahari menerbitkan cahaya sedikit demi sedikit seolah olah malu dengan kita. Udara sesudah subuh pun sejuk dan nyaman ja lagi lagi kena angin pantai. 


Mandi Manda Di Pantai



Boleh nampak ikan main main dekat dalam air. Seronok. Ni kalau bawak roti memang keliling la pakat mai hurung.
Tips nak pergi ke pulau perhemtian kena bawak roti sebab nanti boleh bagi makan dekat ikan Nanti ikan datang berkerumun dekat kita. Barulah lawa bergambar dengan ikan ikan. Boleh ajak ikan ikan tu selfie sekali.


Spam gambar travel buddy yang nikmat sangat hirup udara pulau. Ampun buddy ampun 😂😂

Aku ke Pulau Perhentian dengan travel buddy aku yang sorang ni. Nak sangat holiday sama sama. Akhirnya on the sport plan terus pergi ke Pulau Perhentian. Packing pun main sebat je semua. Nasib jugak ada Traveloka boleh jugak book mana yang patut. Berpatutan lagi harga tuu.

Harap lepas ni boleh travel lagi. Travel sama sama lagi. Tak dapat luar negara pun Malaysia dah cukup cantik dah sebenarnya. Cuma kita yang tak buka mata menilai. Apa apa pun nak travel mestilah dengan traveloka. 😍😍 [ https://www.traveloka.com/en-my ]


Jom kak siti / siti yang menaip,  kak iqa, kak ana suhana, cik nurul dan kak amy, kita join contest ni.

9 comments

  1. cantik gambar- gambarnya sis.

    ReplyDelete
  2. Perhentian tak pernah tak cantik 😍😍.

    Rasa mcm dekat dunia luar bila ada dekat sana kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2. x rasa mcm duduk dekat negeri sendiri

      Delete
  3. Cantik tempat ni.. tapi tambah cantik dengan ada awak kat gambar tu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. huishhh, sebab tempat ni yg cantik, semua akan jadi cantik

      Delete
  4. Cantiknya pemandangan di Perhentian. Subhanallah. Pcl ade jgk ke laut candat sotong..nampak dikejauhan je pulau perhentian. Tak sempat lg nk kunjung ke sana.. insya allah suatu hari nt.

    Tq for info yg menarik.

    ReplyDelete
  5. best dan cantik sangat ni. akk belum sampai sini lg

    ReplyDelete