Assalamualaikum,
engineeering vs medic
Semalam aku teman kakak dan anak buah aku pergi klinik. Biasa lah baby kecik memang selalu kena pergi klinik kan. Tengok doktor hensem hensem, cuci mata je la cerita nya. Kawan aku cakap "doktor ni hensem hensem betol lah" aku berlagak cool jee. " alah, hensem sikit pon kau nak goyah dah". Cool tak aku ? Tapi ni bukan cerita aku hari ni.
Lepas tu terjumpa dengan #villagepeople aku. Dia tanya buat apa sekarang? Aku jawab lah baru habis belajar, tunggu panggilan untuk sambung lagi je .
"oowww, ambik jurusan apa dekat sana?"
" emmmm, engineering"
"engineering ?"
"haah, kejuruteraan"
"ooooo, lepas ni kalau dapat kerja jadi apa?"
"jadi engineer, eh, jurutera"
"jurutera? apa tu ? kerja kat mana nanti ?"
"kerja kat kilang, sebab ambil bidang ke arah kilang"
"ruginya, belajar tinggi tinggi tapi kerja kilang je"
Mesti dia ingat aku kerja kilang jadi operator sebab ramai budak budak kampung kerja kilang. Buntu nak jawab apa.
"Eh, tak lah, kerja bahagian atas atas sikit lah "
"rugi la kerja kilang, kenapa tak mintak cikgu ke, nurse ke, polis ke..."
"Hehehe, tak de lah. sebab minat bahagian macam tu, nanti kat kilang kite buat robot "
"oowww, buat robot...."
Biarlah aku tak buat robot pon, asalkan dia paham aku buat apa kat kilang. Hehehe.
Tengok, bagi kita ni pekerjaan engineer dah cukup hebat. Tapi dekat mata masyarakat tak cukup hebat. Sedangkan tahap pembelajaran kejuruteraan dengan perubatan bergerak seiring. Kedua dua bidang ni perlu memiliki mental yang kuat untuk mengelakkan penyakit gila sebab sangat susah dan menyeksakan. Tapi hasilnya bidang kedoktoran dipandang tinggi dan bidang kejuruteraan dipandang selekeh. Sebab ?
Antara salah satu sebabnya adalah pendekatan dengan masyarakat. Bidang kedoktoran sangat memerlukan skill pendekatan dengan masyarakat yang tinggi. Sebab nak rawat pesakit memerlukan jiwa yang tulus ikhlas. Kena pandai ambil hati dan bercakap dengan penuh santun. Kena menunjukkan sifat kasih sayang dan keperimanusiaan yang tinggi. Berbanding dengan jurutera yang perlu menghasilkan mesin mesin berteknologi tinggi yang boleh membantu masyarakat sejagat. Penghasilan mesin mesin berteknologi tidak perlu dilawat oleh masyarakat, cuma hasilkan produk dan keluarkan di pasaran, masyarakat tak tahu siapa yang buat produk tersebut, masyarakat cuma tahu membeli produk untuk memudahkan kerja harian dan kehidupan mereka.
Sedih sebenarnya nasib jurutera ni. Buat kerja berhadapan dengan mesin, muka sememeh, tak ada life. Tapi tu juga kerja murni, meningkat taraf hidup masyarakat dan memberi kemudahan untuk mereka. Engineer turut membantu doktor dengan menghasilkan mesin di klinik dan hospital untuk kegunaan masyarakat.
Tapi apa apa pon aku suka jurusan ni . Baru lah mencabar . Betol tak ?
Belanja gambar first year belajar . Masa ni aku kurus T.T
Nak macam ni balik .