1 Syawal 1441H. Syawal yang memberikan seribu kelainan untuk kita semua. Terutamanya golongan kota yang berjauhan dengan keluarga. Tambah lagi yang masih bujang, raya bersendirian di kota. Sedih tu terasa sangat tau. 2 3 hari sebelum raya, rasa masih kental, kuatkan hati cakap anggap je macam hari-hari biasa. Tapi bila dah masuk waktu magrib 30 Ramadhan terus rasa lain, terus rasa sunyi sesunyi nya sambil suap juadah berbuka seorang diri tenung dinding rumah.
Bila dah menjelang malam raya, dengar takbir raya, terasa diri ni duduk di kampung tengah sibuk siapkan juadah, lauk pauk untuk esok, tengah kemas rumah yang mana tertinggal, ambil baju, iron baju, masukkan kuih raya ke dalam balang raya. Bila semua tu datang, rasa sedih dia makin menjadi-jadi. Bunyi mercun dan bunga api, teringat segala pergerakan dekat kampung.
Bila dah pagi raya, rasa tak boleh nak kuat dah. Mandi pun air mata mengalir, pakai baju air mata mengalir, iron baju pon air mata mengalir. Tetap bersiap macam biasa sebab nak video call keluarga dekat kampung. Nak make up pun air mata mengalir dengar takbir raya sayup-sayup dekat masjid. Bila dah siap mata dah bengkak, hidung dah merah. Aduh macam mana nak video call ni.
Dah video call, tengok mak duk masak terus air mata mengalir, cakap dengan ayah, air mata mengalir lagi. Sampai rsa dah penat nak nangis, dah video call ramai-ramai dengan family baru tak nangis sebab dah habis air mata dah. Masing-masing berjauhan.
Selamat hari raya maaf zahir dan batin, semoga aidilfitri seterusnya kita boleh raikan dengan penuh kemeriahan seperti tahun-tahun sebelum nya. Semoga hari raya seterusnya boleh beraya dengan insan tersayang sekali. Rasa macam screen fon sendiri tu banyak ruang kosong. Keluarga pun dah tanya kenapa screen tu sorang-sorang je. Semoga segala dipermudahkan Allah dan dimurahkan lagi rezeki kami sekeluarga.
p/s Raya tahun ni belum makan ketupat lemang lagi ya. Tak ada yang nak bagi kat kite ke ?
Assalamualikum, hai...
Raya tahun ni sangat berlainan dengan tahun-tahun sebelum ni. Bukan pada aku sahaja, tapi pada semua orang di Malaysia dan mungkin pada semua Ummat Islam di negara-negara lain. Susah untuk kita semua terima cara ni, tapi kita terpaksa ikut demi menjaga keselamatan dan keharmonian semua orang. Ini tanggungjawab masing-masing yang boleh dilakukan sebab kita tak mampu nak sarung PPE dan berjuang bersama barisan hadapan.
Alhamdulillah kita semua selamat menghabiskan sebulan bulan Ramadhan, semoga segala amalan dan doa-doa kita sepanjang bulan Ramadhan diberkati dan diterima Allah. Semoga ibubapa dan keluarga kita dilindungi daripada penyakit Covid ni. Ameen. Yang penting ibupaba dan semua ahli keluarga kita dan diri kita sendiri sihat. #kitajagakita.
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin dari saya Nor Aswalela. Maafkan segala salah silap saya, segala tutur kata sya yang mengguris hati, segala gurau senda saya. Semoga kita dipertemukan dengan Ramadhan dan Aidilfitri yang seterusnya. Ameen.
Berlabuh sudah tirai Ramadhan
Gemersik takbir bergema kini,
Salam Aidilfitri saya ucapkan
Kemaafan dipinta setulus hati.
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1441H, Maaf Zahir & Batin. Semoga ikatan persaudaraan yang sedia terjalin antara kita akan terus kekal selamanya Insyaallah.
Assalamualaikum.
Its been a while tuan tanah tak update blog. Since April 2019. No time ? Lazy ? Busy? No. i dont know either. Mungkin tuan blog nak berehat seketika sampai domain juga tak sempat nak renew. Dan taraaaa. New name again, dari aswaleyla.com kepada noraswalela.blogspot.com. In shaa Allah will purchase domain again but not now ya guys.
Sebelum terlambat dan sudah terlambat. Selamat Tahun Baru 2020 dan Selamat menyambut Ramadan Mubarak. Harap Ramadan kali ni lebih bermakna dari sebelum nya walaupun kita semua berkurung di rumah. Sebenarnya itu lebih baik, banyak masa disamping keluarga dan boleh beribadat dengan sesungguhnya bersama keluarga. Bersyukur lah kalau anda sekarang disamping keluarga during this MCO. sobs sobs.
Banyak benda dah tertinggal di belakang, tak sempat nak update, banyak sangat tapi slow-slow kita update lagi ya. Me? now im not a student anymore but a worker dekat sebuah company di Puchong. And yes, im in Puchong right now. Hi Puchong peoples 👋
Okay, cukup lah untuk pengenalan kepada noraswalela.blogspot.com. Hingga tuan tanah rajin nak update lagi. Tuan tanah selitkan gambar juadah berbuka semalam la ya memandangkan bazar tak ada tahun ni. okay guys, Assalamualaikum.
Hello April! Hello Bloggers! and Hello Readers!
It'a April now. Baru je rasanya masuk tahun baru, dah April dah. So what is going to happen in April?
The plan?
To keep the business going smooth walaupun dah kurang promote dekat facebook sebab product pos ke Terengganu. So tak ada dekat Perak, jadi ini cuma alasan ya. Aswalela please keep Istiqomah dalam berniaga. Pray for me guys!
More place to be visit in Perak.
Yap sekarang dekat Perak sampai bulan 6, jadi perlu gunakan masa yang ada untuk explore Perak walaupun rasanya konfem ada yang tertinggal tapi saya cuba lah lebih banyak masa spent untuk explore Perak ni. So sape orang Perak sini? Please raise your hand maybe we can have a date.
New bride dress in nude. Ya, we got customer who request a nude dress for her wedding. Wait and see the dress ya! sure i will update here too. Next weekend aku balik kampung and siapkan dress tu. My mum maybe dah siapkan dress tu i just balik to touch up with some lace and beads.
Going to my friend kenduri belah lelaki. Last month kawan aku kahwin dekat Terengganu dan aku tak dapat balik kampung. So i decide untuk pergi belah lelaki dekat KL. Dekat sikit lah kan Perak dengan KL compare with Terengganu kan.
More?
Pray for the best in April. And can't wait to have Ramadhan, Holy Month next month. Harap diberi kesempatan untuk berjumpa dengan bulan Ramadhan. Ameen Ya Rob.
Hai korang. Macam biasa weekend dekat sini will spent well walaupun kadang-kadang buntu nak pikir idea nak pergi jalan kemana. So this week kita pergi Concubine Lane. Ala-ala street art dekat Perak ni. Banyak port-port bergambar yang lawa-lawa. Tapi kami datang pun dah pukul 6 setengah petang so banyak dah tempat tutup. Dah mula nak gelap kan so lighting pun tak berapa cun la. Korang kena pergi awal dalam pagi or tengah hari tapi kena tahan la panas yang amat. Kami datang petang pun lencun jugak baju.
Sorry entry kali ni banyak gambar dan gambar aku. Sila jangan meluat tengok. Kalau dah agak muak tu boleh baca entry lainn. Muahahaha
Aku cuba menjimatkan ruang dengan letak gambar ni sebelah2 supaya senang nak tengok dan yang nak kena scroll sampai bawah. Takde la korang muak sangat nak tengok kan. Hehehe. Ais kepal ni ada dekat lorong tu tau, RM5 mix flavor.
Ada sanwich rainbow RM14. kalau kita tarik dia ada cheese colourful dalam tu macam rainbow. Tapi mahal pulak tak beli pon. Cotton candy yang femes pon dah tutup sebab dah lewat petang. Dah tutup atau aku tak jumpe eh. Hahaha
Sini banyak macam cafe-cafe hipster macam tu. Tapi time aku pergi tu banyak je yang tutup. Tak sure pulak kalau kat atas kan. Next time kena pergi lagi tengah hari ke pagi, boleh sewa basikal and jalan-jalan round situ. Sebab banyak lane penat la nak jalan kaki. Ada up side down punya galery jugak. Tapi aku tak masuk. Next time okay.
Okay, sini je lah. Happy weekend guys!