Afeeya dah almost 7 month tapi dah banyak kami try and error diapers untuk dia. Sebelum beranak tak tahu nak beli diapers apa, guna yang kawan hadiahkan masa mengandung Drypers touch for newborn, dia bagi 2 pack besar jadi memang kami tak beli diapers masa awal beranak. Dalam pantang baru beli diapers lain. Lepas habis pantang bermulah sesi try and error diapers kami.
kriteria penting untuk diapers Afeeya:
- Tak mudah bocor
- Tak naik rashes dekat kulit dia.
- Nipis dan selesa @ tak bulky. Tak suka yang tebal sangat sampai nak pin rompers pon payah.
- Tak bau kalau dia berak, kalau jenis yang bau tu memang lain macam ya bau dia.
-Tape tak longgar & tak kuat sangat. Getah tak berbekas dekat peha.
- Harga affordable.
Tak berapa penting
- Design
Dekat gambar ni short review je. nanti leyla elaborate satu-satu kat bawah. Yang ni sharing dekat story IG je. Masukkan sekali diapers yang kawan-kawan lain suggest.
Drypers Touch (Newborn)
-Harga okay2 je
-Sepanjang pakai masa newborn takde rashes.
-Tape okay senang nak bukak, tapi kalau bay dah pandai tarik-tarik dia cepat terbuka jugak
-Design cantik
-Ketebalan sederhana tak tebal tak nipis.
Cons
-Bau sikit kalau baby yang dah besar berak, kalau newborn tak bau sangat
Pet pet
Pros
-nipis
-murah
Cons
-Kasar sikit dalam dia sebab nipis kan
-Getah dekat peha halus dan ketat sampai tinggalkan bekas.
-bocor sikit
Momypoko
Pros
- Premium sikit la katanya
Cons
-naik rashes
-Bocor banyak kali
-harga pricey sikit
Huggies
Pros
-Lembut
-Tak bocor
Cons
-Tebal sangat, kalau shi shi jadi makin tebal
-naik pin rompers pon susah sebab tebal.
-nak try huggies nature tapi susah nak jumpa
Apple crumby & fish
Pros
-Premium. paling best setakat ni
-Soft
-Ketebalan tak tebal tak nipis yang penting tak bulky
-Tak bocor
-design cantik
Cons
-Mahal. kena grab time sale je. kalau tak sale termenung jugak nak beli
Off spring.
Pros
-pau boss sebab nak try pampers paling mahal
-Okay tapi apple crumby lagi best
-Tebal sikit dari apple crumby tapi still tak bulky
-soft
-tak bocor
-design lawa dooh
Cons
-pricey. lagi mahal dari apple crumby
Dypers wee wee dry ( pants )
-entah la sebab pakai sekeping je terus tak suka
Cons
-keras sangat sampai kejung kalau pakai
-bila shi shi ke berak, dia macam kejung jugak. Keras.
Merries
Pros
-Nipis tak bulky, i suka
-harga okay
-japan products
Cons
- kalau dia shi or berak diapers jadi lembik, melondeh sampai bawah
-Bau dia yam ampunn, kalau berak kuat betul bau dia. Tak bayah cium sangat pun dah bau awal-awal dah
Molfix
Pros
-murah
-ketebalan ok tak bulky
Cons
-sama macam merries, kalau shi shi dia lembik dan melondeh kebawah
-Bau sama jugak macam merries.
-Pelekat dia kuat btul sampai susah nak bukak. kena orang lain bukakkan kalau tengah pegang baby
Genki
Pros
-latest pakai genki. Best
- nipis macam apple crumby dan murah. Tapi tak ada feeling premium macam apple crumby.
- tak ada bau kalau berak & shi shi. Kena cium dekat-dekat baru bau.
Bawah ni antara suggestion dari kawan-kawan leyla dekat IG. Dorang sangat membantu ya kalau tanya apa-apa, jadi tak ada la tatau apa kan untuk first mom baby. Bila dah masuk alam mak-mak ni kan, kawan-kawan pun support je, kalau tatau pape tanya je kawan-kawan sekeliling mesti ada yang membantu. Leyla share sini supaya korang pun boleh buat rujukan dan save untuk masa akan datang.
P/s :- so far Afeeya tak Ada alahan mana-mana diapers. Cuma mamypoko Tu je sikit rashes tapi sikit dan sekejap je. Saja mama papa dia suka try and error semua Pampers. Nak puaskan hati walaupun afeeya tak komplain pun pasal diapers.
Okay Tu semua Yang kawan-kawan Leyla share. Korang boleh buat rujukan untuk diapers baby korang okay.