Assalamualaikum.
8/11 appointment check up afeeya macam biasa dekat klinik kesihatan. Cucuk untuk 5 bulan. Berat dan tinggi afeeya normal. Usia 5 bulan berat 6.2 kg, tinggi 59cm. Naik secara normal. Masa cucuk haruslah menangis kan sekejap, lepas dah cucuk pujuk kejap terus diam. Balik rumah, mama dengan papa sarapan dulu dan siapkan afeeya. Kita keluar pergi Ikea Damansara sebab mama excited nak beli highchair untuk afeeya. Bulan depan afeeya dah boleh makan, jadi kita prepare sikit-sikit dulu.
Dah sampai ikea macam biasa lah pusing dulu 1 show room tu tengok apa yang menarik. Banyak benda dalam kepala mama nak beli tapi sabarrrr. hahaha. Sekarang nak beli high chair afeeya je, jangan ubah plan. Jalan jalan ternampak soft toy panda, terus mata afeeya pandang pand atu dan tangan dia terkuis-kuis panda, dia sekarang dah tahu barang-barang dan ada minat pada sesuatu barang tu, papa tanya afeeya nak ke? mata afeeya tetap pada panda tu sambil usaha nak capai. Ok lah, ambil lah 1 panda bawak balik. Seronok lah dia.
Habis pusing 1 showroom, sambung pusing store dekat bawah pulak. Sambil mata mama perhatikan barang-barang dapur. Uiiii betul-betul uji keimanan. Tahan-tahan.. itu bajet lain pulak. Dah pusing 1 store masih tak jumpa highchair afeeya. Dekat atas tu tulis out of stock tapi macam mustahil. Bila ke tempat rak banyak-banyak tu, sepampam kerusi tu digantung dekat rak. Banyak ya stock dia sebenarnya. Terus grab 1 set high chair tu. Dekat atas tadi dah grab 1 towel dan panda afeeya. Ok dah, cukup-cukup. pergi bayar. hahaha
Iqbal selalu cakap, kalau masuk ikea mesti selalu sesat kan. Sebenarnya bukan sesat tapi kita kena lalu semua showroom untuk keluar walaupun kita tak nak lalu dah showroom dan nak turun ke bawah untuk beli or bayar barang. Jalan dia memang akan buat kita pusing-pusing semua showroom. Penat ya berjalan dekat ikea.
Yeyyy dah dapat high chair afeeya. ready untuk makan bulan depan. Mama so excited dan mama tahu afeeya lagi excited sebab asyik mintak dan tengok mama papa dia makan sampai meleleh air liur. Sabar ya nak, bulan depan awak makan ok.
Yang ni memang selalu interframe dan very protective 'abang'. Kalau lily kacau afeeya dia datang marah si lily. Tapi kadang-kadang dia malas layan dan nampak sedih bila asyik main dengan afeeya dan tak layan dia. Kena jugak ambil hati dia. Kalau tak dia jadi anak sulong yang tersakiti. Sabar lah, anak sulong kena banyak sabar.
Next leyla kongsi preparation lain untuk first food & first meal afeeya dekat blog okayh. stay tune.
Hai Assalamualaikum.
Weekend lepas kami bawak afeeya pergi picnic. Picnic pertama untuk afeeya. Sebelum kahwin memang selalu jugak papa mama berpicnic. Lepas je kawen dah tak picnic dah, masak dan makan dekat rumah je. Sekarang bawak afeeya pulak picnic sambil-sambil afeeya boleh tengok dunia luar dan explore lebih banyak lagi. Afeeya suka sangat kalau bab berjalan, memang dia behave je tak ada buat perangai. Jadi senang la nak bawak keluar.
Kami masak spicy Korea chicken with rice & homemade burger. Masa untuk masak cuma 1-2 jam sahaja tapi bila dengan afeeya jadi 3-4 jam baru siap masak. Afeeya susah tidur kalau dekat rumah, lagi kalau dengar suara papa dia, dia memang bangun nak main. Dia tidur 5-10 minit je. Macam mana nak masak. Terpaksa la mama papa bergilir-gilir masak. Maka siap lah menu untuk picnic.
Tapi.... Lepas je siap masak, bila tengah siap-siap nak keluar, langit dah mula gelap. Cepat-cepat packing barang & keluar rumah. Bila masuk kereta je hujan. Dan hujan Makin lebat. Cadangnya nak picnic dekat Gamuda Gardens tapi memandangkan hujan, Kami tukar plan. Cari tempat Yang tak hujan. Senang je nak Cari. Search je Google weather tempat Yang nak dituju tu. Kami search pantai remis Dan tak hujan dekat sana. Berharapkan pantai remis tu cantik lah. Tapi bila sampai. Hmmmmm tak menarik ya pantai dekat situ. Nak Cari port parking punya susah. Kalau ada pun laut, Dan ada benteng Yang tinggi. Jadi payah nak nampak laut. Akhir nya jumpa tempat tepi laut tapi jalannya sangat sempit. Menang ngam-ngam 1 kereta masuk. Parking je lah dekat situ dan bukak bonet kereta, set up dalam kereta, turun Kan seat Dan set up lapik Dan berpicnic lah kita dalam kereta.
Maka tenanggggg... Ribut jiwaaaaa... Ribut jugak jiwa nya bila park tengah jalan Lepas Tu orang lalu Lalang macam nak lalu padahal hujung Tu dah jalan Mari. Tak block jalan orang pun.
Nah menu nya bukan main. Beef burger homemade sedap gila. Spicy Korean chicken 🥵, rice & orange juice. Sekali dengan kaki 'caca' dekat situ. (Rabbit afeeya)
Lepas dah makan cepat-cepat ambik gambar sekeping dua Lepas Tu terus gerak mencari mall sudahnya. Dah sampai depan I-central city mall, afeeya tidur. Kesian nak kejutkan dia jadi Kami terus balik rumah. Saja jalan pusing-pusing sampai ke Shah alam 🤣.
Sekian cerita picnic afeeya yang baru nak masuk 5 Bulan. Many more to explore sayang. Nanti mama ajar awak explore macam-macam lagi yang best. Be my adventures & tough girl ya afeeya.
Assalamualaikum hai.
Nak dijadikan cerita semalam sakit gigi sangat. Sebab Gigi belakang dia senget dan selalu tersekat makanan. Jadi lama-lama dia patah Dan buatkan gigi jadi ngilu. Semalam datang sakit sangat-sangat sampai berdenyut-denyut. Terus search dekat tiktok ubat sakit gigi. Sekarang apa pun menang search kat tiktok sebab senang dapat review ikhlas. Kadang-kadang dekat tiktok ni banyak jugak info berguna selain Dari video joget-joget je.
Diorang recommend ubat hurixs ni. Lepas balik kerja terus pergi Cari area rumah. Kedai biasa semua tak ada. Speed mart pun tak ada. Katanya dekat seven eleven. Tapi dah Malam jadi tak pergi. Balik tu berdenyut-denyut la sampai malam. Nasib baik afeeya tidur awal. Telan panadol terus tertidur dengan afeeya. Pukul 10 Iqbal kejut makan, dia dah masakkan bubur. Thank you sayang. Hehe. Lepas habis ajar tuisyen dia masakkan bubur ayam. Bangun Tu Rasa lega sikit tapi masih tak boleh gigit makanan.
Lunch hour keluar kejap pergi cari dekat watson, menang konfem ada melainkan habis stock. Harga RM7 ++ je. Murah. Balik office makan bubur semalam bawak bekal. Lepas makan cucu mulut terus letak ubat ni.
Rasa dia ? Mulanya bau macam dekat Klinik Gigi, bau macam waktu Dr gigi nak tampal gigi tu. Lepas tu dia bau cengkih kuat sangat. Lepas dah letak Rasa kebas dannn eh dah tak sakit. Wahhh. Dia Rasa juga sikit-sikit sakit, cuma tak macam tadi sebab dah Rasa kebas macam kena cucuk dengan ubat kebas. Berkesan jugak la untuk seketika kan. Kena titik 4 kali sehari. Bagi Leyla berkesan la ubat ni. Teruja sekejap.
Tu je nak kongsi dengan korang. So kalau Lepas Ni sakit Gigi, boleh dapatkan ubat ni tau. Okay Tu jee. Bye bye.