Bila mengandung, benda yang paling tak sabar nak tahu adalah jantina bayi kan? Sebab dah over excited nak shopping barang baby yang comel-comel. Nak beli pink ke blue kan?
Jadi bila waktu paling awal untuk scan baby?
Seawal 17 weeks kalau nampak, tapi mungkin boleh nampak jelas dan mungkin tak jelas. Nasib juga la. Kalau nak selamat pergi lah week ke 20.
Macam mana nak bezakan lelaki dan perempuan?
Boleh refer gambar ni, tapi tu lah, sampai sekarang kalau tengok dekat gambar scan pun tak faham. Doktor atau sono je lah yang faham.
Awal-awal pregnant dulu tak sabar sangat nak tahu jantina baby sebab tak beli apa lagi barang baby, hari-hari usha baju baby tapi takut nak beli. Orang cakap kalau nak selamat beli warna putih atau warna-warna selamat yang dua-dua jantina boleh pakai. Tapi tetap takut nak beli jugak selagi tak tahu jantina.
And you know what ??! kami scan sampai 3 kali untuk confirmkan jantina baby. Gigih betul mak pak nya kan walaupun baby dah tunjuk terang-terang jantina nya.
#1 scan masa week 17, awal sangat tapi memang baby dah terang tunjuk tanpa segan silu ya, sono tu cakap ni 80% betul dah.
#2 scan lagi confirmkan time detail scan week 21, masa detail scan tu memang include sekali scan gender, sama jugak terang-terang dia kangkang tunjuk! Tapi muka dia bantalkan uri, memang tak nampak, nampak dari sisi je, jenuh sono tu usik nak detail scan area muka tapi tak dapat.
#3 scan 4D & 5D. Saja-saja scan sebab papa nya tak sabar nak tengok muka anak. Tapi agak lewat scan sebab dah week 36. Sepatutnya 5D scan pada week 27 hingga week 30. Kali ni pun memang dia tak nak tunjuk muka, uri betul-betul atas muka dan dia tak nak pusing langsung ke alat scan tu. Puas doktor pujuk, puas mama pusing pun taknak tunjuk. Nak suprise kan mama papa dia la tu. Jadi doktor cuma buat growth scan dan gender memang confirm lah ! terang-terang jugak tunjuk. Gelak je kami, muka dia malu-malu nak tunjuk tapi gender terang-terang tunjuk. Baru lah papa nya lega dan tak teragak-agak nak panggil nama. Sebelum ni risau kan tertukar nama. Kami memang dah ready 2 nama, lelaki dan perempuan. Jadi kalau keluar mana-mana pun dah ready nama.
Sah baby GIRL!!
Jadi mama la yang lebih excited sebab ada geng dress up. Jadinya memang shopping pink semua. hahaha. sampai papa nya cakap boleh je kalau girl pakai biru. Yaa boleh papa tapi saya nak pink jugak hehehe.
Cara lain nak predict jantina baby?
Pernah jugak orang predict jantina melalui pemakanan dan bentuk perut kan.
1) Makan manis ( baby girl ), makan masam / masin ( baby boy ).
Mungkin ada betulnya sebab time leyla pregnant memang tak boleh makan masam. Rasa loya tapi bila makan asam memang muntah balik dan pedih muntah benda masam-masam.
2) Perut lonjong ( baby boy ) , perut membulat ( baby girl ) perut leyla memang elok kecik membulat, comel je orang cakap tak nampak macam pregnant.
3) Muka mommy berseri ( baby boy ), muka mommy hilang seri ( baby girl )
sobs2 betul sangat ni. Muka leyla dari awal pregnant break out teruk, sampai masuk 3rd trimester baru beransur ok, tapi still tak ada seri. Nak make up memang tak ada mood langsung, memang pakai basic skincare sahaja dan bedak debu baby je. Baby ambil semua seri mama dia. Mesti cantik je anak mama ni bila keluar nanti.
Bila dah tahu jantina terus la pergi shopping barang-barang baby. Tapi ambil masa juga nak conpletekan semua. Better beli sikit-sikit dari awal. Leyla dah hujung-hujung pun banyak lagi benda tak settle. Sebab kami dua-dua kerja, jadi masa sangat terhad nak ke sana sini, kena pulak time raya, mana nak attend open house, mana nak lengkapkan barang baby. Bila dah masuk hujung-hujung pregnancy ni memang masa sangat terhad, tak larat nak buat banyak kerja dalam 1 hari. Kalau dulu macam-macam boleh buat, tapi sekarang memang tak larat nak buat kalau banyak benda. End up jadi stress sebab penat hahaha.
17 weeks = dalam 4 bulan dah boleh nampak jantina baby =) tapi depend baby tu kepit atau tak. Kalau kepit kena pujuk-pujuk sikit. Sebelum scan makan aiskrim dulu hehe.
Semoga bermanfaat. Thanks for reading.