Salam juamat.
Salam penghulu segala hari. Leyla doakan semua dalam keadaan baik dan sihat walafiat.
Jaga diri masing dan stay safe everyone 💓
Salam juamat.
Salam penghulu segala hari. Leyla doakan semua dalam keadaan baik dan sihat walafiat.
Jaga diri masing dan stay safe everyone 💓
Assalamualaikum.
Its been a while leyla tak menulis dekat sini. Ada masa kita menulis lagi. Walaupun banyak media sosial yang kita sedang fokus sekarang, leyla tetap rindukan blog. tetap rindukan dunia blogging.
3 Julai 2021,
Leyla selamat ambil suntikan vaksin untuk dose pertama. Vaksin jenis AstraZeneka. 3 julai juga bermulanya PKPD di seluruh Selangor dan Kuala Lumpur. Tapi untuk tujuan vansinasi, kita boleh merentas negeri ataupun daerah dengan kapasiti maximum dalam 1 kereta adalah 3 orang. Jadi husband leyla yang temankan leyla. Lokasi vaksinasi leyla dekat Dewan Tun Razak 4, WTCKL.
Perasaan leyla haruslah nervous kan. Dah lama tak kena cucuk. Tapi nak atau tak nak kita wajib ambil vaksin untuk menjaga orang-orang di sekeliling kita kan? Sudah menjadi tanggungjawab kita untuk mengambil suntikan vaksin ni.
Temujanji leyla jam 11 pagi tapi leyla gerak pukul 9.30 pagi lagi dari Rawang dan pukul 10 pagi dah sampai. Jadi tunggu kejap dalam kereta sampai 10.30 pagi dan baru naik ke tempat registration. Kat situ sangat ramai orang ya. Agak terkejut tapi harapnya tak ada apa la kan. Bila masuk ke registration, teman tidak boleh ikut. jadi perlu tunggu diluar. Penerima vaksin sahaja dibenarkan masuk. Jangan risau, kat dalam tu ramai petugas yang akan tolong guide kita dan memang teratur dan ikut SOP. Ramai tapi ada penjarakan.
Banyak station yang kita singgah tapi singgah sekejap sahaja. tengok-tengok dah dsampai depan doktor. uish lagi seram yang tu. Bila cucuk tu leyla ingatkan sakit. tapi rupanya tak sakit langsung. Tak rasa pun jarum tu. Sangat halus, cuma rasa jarum tersentuh kulit dan dah siap. Leyla masuk pukul 10.30 pagi, pukul 11 pagi dah selesai cuma kena tunggu 15 minit lagi dekat observation area sebab nak pastikan korang sihat dan tak ada side effect lepas injection. Jadi total 45 minit sahaja. Dan 45 minit tu korang takkan rasa pun masa berlalu.
Bila dah selesai dah diberi taklimat terakhir, keluar dan ada area untuk bergambar. Dekat situ mintak je sesiapa yang ambilkan gambar, dorang memang sporting je. Dekat situ kita perlu gunakan cara GIVE & TAKE. Bila orang tu ambilkan gambar kita, kita ambil gambar dia juga dan jangan lupa to say Thank You. Sebab kebanyakan yang datang memang sendirian dan perlukan pertolongan orang lain jug auntuk bergambar. Jadi jangan risau korang memang boleh bergambar dan banyak tempat untuk bergambar. Tips dia bergambar dekat lobby lagi cantik sebab lighthing dia lagi on point.
Jadi selesai sudah dos pertama vaksin leyla. Alhamdulillah rezeki untuk dapat vaksin awal. Tidak kira la vaksin jenis apa sekali pun, as long as vaksin untuk mencegas kita daripada Covid-19 ni. Yang paling penting dapat memastikan orang yang kita sayang terselamat dari virus ni.
Designed by OddThemes | Distributed By Gooyaabi Template