Assalamualikum. Hi semua..
Raya tahun ni kita masih lagi beraya dirumah masing-masing. Masih tak dapat beraya di kampung halaman. Masih tak dapat nak cium tangan kedua ibu bapa. Harap tahun depan ada peluang untuk menyambut hari bahagia tu dengan keluarga.
Aku pulak tahun lepas beraya sendirian di Puchong. Bujang dan housemate balik kampung sebab kampung dia dekat. Jadi sendiri la kat rumah sambil nangis bucu katil. Berbeza dengan tahun ni, beraya di Kota puteri, Batu Arang pulak tapi bersama suami tercinta. Beraya berdua sahaja tahun ni.
Awalnya plan balik kampung belah husband sebab kampung husband dekat selangor dan kami dari green zone masih boleh merentas daerah. Jadi semua persediaan kami tak buat. Plan nak masak-masak minggu lepas raya ajak kawan-kawan yang dekat. Tapi malang nya PM umumkan PKP seluruh negara. Jadinya terpinga-pinga la kami dekat rumah.
Baju raya pun plan tak nak beli. Nak pakai je baju sedia ada. Rasa macam membazir pulak beli baju raya tapi nk ziarah tak boleh. Beraya dalam rumah sendiri je berdua. Tapi bila dah hampir raya terasa sedih pulak bila berjuahan dengan keluarga, persiapan raya pon tak buat. Tak pernah miss tak beli baju raya tiba-tiba tahun ni taknak beli kan. Rasa lain macam pulak.
Terus ajak husband pergi cari baju raya 2 hari sebelum raya. Sebab kerja, terpaksa pergi beli malam. Bila kawasan tengah PKPB, masa kedai beroperasi pun tak lama. Kami sampai pukul 9 pun kedai dah nak tutup. Pergi Gene Martino pon dah tutup. Kami dari luar cermin mintak izin nak masuk. Rezeki kami, pekerja kedai tu bagi kami masuk. Ada pasangan lain nak masuk lepas tu tapi dia dah tak bagi. Terus kami cepat-cepat cari baju. Dapatlah baju melayu husband. Aku punya tak ada warna yang sama. Lepas tu terus balik rumah.
Sehari sebelum raya pun aku masih kerja. Taknak ambil cuti sebab tak dapat balik kampung kan. Bila Lunch hour terus pergi pekan kejap cari baju raya. Nasib baik ada. Settle bab baju raya. Akhirnya yang tak nak beli baju raya telah terbeli baju raya. Mengubat hati yang lara tak dapat balik kampung.
Esoknya husband keluar cari barang-barang dapur untuk masak. Aku kerja, jadi husband la yang belikan semua barang nak masak-masak. Nasib baik husband jenis dah biasa beli barang dapur jadi tak ada la susah sangat aku nak cakap apa yang perlu. Bagi list je dia boleh beli semua. Dia pon pergi tempah lemang sekali dekat pekan sebelah.
Time lunch hour aku pergi pekan kejap cari baju raya. Nasib baik ada yang berkenan dihati. Balik kerja terus siap-siap makanan berbuka dan kemas rumah sambil buat rendang. Dah siap rendang baru lah boleh tidur. Esoknya pagi-pagi sambung masak lodeh dengan sambal. Dah siap. Buat banyak nak bagi jiran-jiran sikit. Lepas tu kami makan sampai esoknya hehe.
Dah beraya bermaafan sambung video call dengan family. Bergambar dekat video call je. Terbayang raya dulu-dulu, meriah, gembira semua ada. Tapi nak buat macam mana kan. Kita hanya mampu berdoa wabak ni cepat-cepat habis.
Itu lah cerita kalut raya kami. Raya pertama as husband and wife.
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN DARI KAMI.