Assalamualaikum and hi guys.
I'm officially be your fiancee for 24hours. Yuhuuuu.
Orang cakap sejauh mana kita merancang, bila dah sampai waktu nya kita akan disatukan. Betul. Kami merancang untuk bertunang pada 14 februari 2021, semasa tahun baru cina dengan harapan boleh balik kampung. Tapi malangnya kita semua kena kurung dek pendamik ni. Jadi kami tunda untuk bertunang pada bulan 3. Tapi yang jadinya tunang dan terus nikah.
Dan disebabkan PKP 2.0 diumumkan juga, ma ayah terus call mintak uruskan semua borang nikah. Padahal lambat lagi nak nikah. Tapi ma ayah suruh cepatkan sebab risau kes Covid ni melarat. Jadi kami cepat-cepat settle kan borang nikah belah laki, buat Hiv Test dan settlekan borang belah perempuan cepat-cepat.
Nak bertunang dan berkahwin ni banyak proses jugak. Tapi semuanya dipermudahkan. Tiada pertemuan kedua ibu bapa sebelum tu, agak payah jugak ma nak lepaskan ank tunggal dia ni. Tapi apakan daya kita nak menolak kerja tuhan.
Alhamdulillah ada teknologi yang dapat menghubungkan kedua ibu bapa. Perkenalan ma ayah dan mak abah cuma melalui video call whatsapps. Sebab tak boleh merentas negeri untuk tujuan perkenalan, jadi berbincang melalui video call sahaja. Mudah kan. Lepas dah tetapkan tarikh nikah pada 28 mac 2021 bersamaan 14 syaaban 1441 H, tetapkan terus tarikh sehari sebelum nya untuk bertunang dan merisik. Alhamdulillah semua mudah.
Kami gerak balik Terengganu 1 kereta je dengan bakal mak ayah mertua sekali. Tak de dibuat orang lagi macam ni. Hehehe. Musim pendamik macam ni semua yang payah dah dimudahkan. Sebenarnya mudah je cuma kita yang payahkan dan terikat dengan adat dan tradisi.
Alhamdulillah dah selamat jadi tunang kepada Mohamad Nur Iqbal untuk 24 jam dan esok saya jadi isteri awak dah. Majlis tunang secara kecil kecilan je. Di meriahkan dengan keluarga belah lelaki yang tinggal dekat Terengganu dan ahli keluarga sendiri dan kawan-kawan ma ayah yang terdekat sahaja.
Sebelum nikah macam-macam design keluar nak buat pelamin. Bila dah sampai harinya semua ala kadar je. Asalkan ada sebab masa suntuk sangat. 4 hari je kami dapat rentas negeri untuk bernikah. Dan wajiblah ikut SOP majlis perkahwinan dan keramaian. Jadi memang semua nya berjalan dengan cepat.
Pelamin tunang 2 jam sebelum bertunang baru aku kelam kelibut pasang pelamin. Nasibjadi pelamin jugak.
Dan Iqbal juga patut gembira dapat bakal mak mertua yang sporting macam ma. Hehehe.
Ok sampai sini dulu kisah aku bertunang. Next Nikah pulak.