Hai Assalamualaikum.
14 hari lagi kami akan di ijab qabul kan. Agak terlewat untuk baru bermula ambil folic acid tapi masih belum terlambat rasanya. Hehe.
Folic acid ni penting ke untuk pasangan baru berkahwin atau lebih kepada pasangan yang merancang untuk mempunyai cahaya mata. Kalau pergi farmasi nak beli folic acid pun dia akan tanya ada merancang untuk prenant ke? Paling bagus ambil folic acid setiap hari 3 bulan sebelum merancang untuk pregnant.
Kenapa perlu ambil folic acid?
Sebab folic acid membantu mengurangkan kecacatan neural tube defect sebanyak 70% kepada anak. Folic acid diperlukan dalam pembentukan tulang tengkorak dan tulang belakang janin yang melindungi otak dan saraf tunjang. Secara mudahnya untuk baby yang bakal lahir nanti. Folic acid bukan ubat untuk kesuburan ya.
Aku pergi beli folic acid dekat farmasi, tak tahu sangat pasal tu, then tanya farmasis tu pasal folic acid dan yang mana folic acid yang paling baik. Jawapan dia sama, semua sama cuma brand je yang membezakan folic acid ni. Ada brand sampai harga up to RM50, ada brand yang harga below to RM10. Terserah pada korang nak beli yang mana.
Then aku harus lah ambil yang murah sebab kesan dan kandungan dia sama je.
Jimat.
Kenapa perlu brand kalau kualiti yang sama kan.
Aku beli jenama ni. 10 papan ada 100 tablets RM6.90.
Banyak lagi brand lain dekat market. Ada Appleton, nature plus, ada jugak orang consume shaklee,yang tu aku tatau.
Iqbal pun makan sekali. Folic acid ni ade jugak kebaikan untuk lelaki, tak salah kalau nak makan walaupun biasanya perempuan yang makan. As long as untuk kesihatan why not kan? Then aku beli 1 kotak ni ade 100 tablets, sudah nya tertinggal dalam kereta iqbal dan aku terpaksa beli lain. Farmasi yang aku baru beli tu mahal sikit. So jangan pelik kalau korang dapat harga yang lain dari aku sebut tadi.
Kepada pasangan lain yang akan berkahwin atau yang merancang untuk mempunyai zuriat. Amalkan folic acid ni tau. Semoga kita semua dapat zuriat yang sihat walafiat dan comel. Ameen.