Hai korang. Macam biasa weekend dekat sini will spent well walaupun kadang-kadang buntu nak pikir idea nak pergi jalan kemana. So this week kita pergi Concubine Lane. Ala-ala street art dekat Perak ni. Banyak port-port bergambar yang lawa-lawa. Tapi kami datang pun dah pukul 6 setengah petang so banyak dah tempat tutup. Dah mula nak gelap kan so lighting pun tak berapa cun la. Korang kena pergi awal dalam pagi or tengah hari tapi kena tahan la panas yang amat. Kami datang petang pun lencun jugak baju.
Sorry entry kali ni banyak gambar dan gambar aku. Sila jangan meluat tengok. Kalau dah agak muak tu boleh baca entry lainn. Muahahaha
Aku cuba menjimatkan ruang dengan letak gambar ni sebelah2 supaya senang nak tengok dan yang nak kena scroll sampai bawah. Takde la korang muak sangat nak tengok kan. Hehehe. Ais kepal ni ada dekat lorong tu tau, RM5 mix flavor.
Ada sanwich rainbow RM14. kalau kita tarik dia ada cheese colourful dalam tu macam rainbow. Tapi mahal pulak tak beli pon. Cotton candy yang femes pon dah tutup sebab dah lewat petang. Dah tutup atau aku tak jumpe eh. Hahaha
Sini banyak macam cafe-cafe hipster macam tu. Tapi time aku pergi tu banyak je yang tutup. Tak sure pulak kalau kat atas kan. Next time kena pergi lagi tengah hari ke pagi, boleh sewa basikal and jalan-jalan round situ. Sebab banyak lane penat la nak jalan kaki. Ada up side down punya galery jugak. Tapi aku tak masuk. Next time okay.
Okay, sini je lah. Happy weekend guys!
Hi alls.
Seperti yang selalu tertulis dekat wishlist tahunan aku, akan ada satu pasal nak start business kan. Yes i did! Tapi kecil kecilan dekat universiti, jual nasi lemak, sandwish, dadih, sagu gula melaka just nak tampung duit poket.
Bila dah habis belajar, rasa menyesal tak buat awal-awal dengan serius. Sebab bila kalau dekat universiti, kita ramai kawan yang dekat-dekat, ramai yang kita boleh jual by hand kan. Bila dah jauh macam susah sikit nak promote dan postage bagai kan.
Tapi masih belum terlambat lagi orang kata. Kenapa aku pilih business? Sebab makan gaji bulan-bulan mana cukup nak hidup kat luar dan kena tunggu hujung bulan then awal bulan dah habis. So better kita buat dua-dua. Makan gaji dan business.
Aku buat business palazzo. Palazzo kedut, plain dengan belang. Macam dalam gambar kat bawah. Agak laju sale dia sebab murah sangat. RM25/RM26. Target market makcik-makcik dekat kampung yang nak pakai seluar tapi taknak yang ketat-ketat kan. Nak yang loose-loose je. Nak pergi membawang boleh pakai vogue sikit kan. Nak pergi potong bawang rumah orang kenduri sambil membawang, lebih nak kan keselesaan instead dari pakai kain batik kan nanti terlondeh depan orang nak gerak sana sini pun susah.
Target market jugak dekat golongan muda yang nak melaram versi ayu tapi still boleh bergaya. Dan aku pun sekarang nak keluar memang pakai palazzo dah jarang pakai skinny jeans sebab palazzo sangat selesa dan tak sendat sana sini.
Palazzo macam kat atas ni harga range RM25-RM27. Selesa sangat bila pakai. Budak-budak sekolah pun ramai yang beli. Nak buat jalan-jalan kat kampung kan. Nak bawak keluar shopping pun still on. Aku pakai sendiri kat bawah ni pun still onz je nak pergi mana-mana tau.
Ada macam-macam warna tapi tak sempat nak berOOTD sebab tak ada proper photographer. So ada sape-sape yang sudi jadi photographer tak berbayar saya?
Kepada siapa yang nak mulakan business, please mulakan sekarang. Tak ada yang terlambat. Nak jadi agent atau dropship aku pun sangat dialu-alukan. Whatsapp je no ni. 0194295733. I will help u yang penting rajin dan istiqomah nak berniaga. Pelajar-pelajar uni yang nak buat duit tepi sangat digalakkan.