Gambar sumber : Google |
Kesinambungan dari entry lepas, pengalaman interview kali pertama, ini kali kedua pulak dan cara interview nya berbeza. Masih mencari tempat untuk praktikal dan aku cuba nasib dekat Top Glove. Saja-saja try walk in. Kebetulan dia ada buat talk dekat universiti. Dan aku saja lah pergi daftar.
Lepas tu macam biasa jawab exam. Exam dia lebih senang dari interview kali pertama tu. Sebab pasal manufacture kan, bukan elektronik. Then aku boleh la jawab tapi banyak gila soalan dia. Hahaha
Lepas tu tunggu turn, sebab dah agak lewat, dia kumpulkan 6 orang yang walk in interview ni untuk buat interview secara berkumpulan. Wow! first time lagi masuk interview macam ni. Bagi aku interview berkumpulan ni ada pro and cons dia sendiri.
Pro dia memang nervous level kau akan turun sikit lah sebab ramai-ramai kan. Tak de lah sorang-sorang nak hadap kan interviewer kan. So dia akan suruh kenalkan diri je, simple introduce yourself je. lepas tu sorang-sorang lah kena interview.
Cons dia bila kau kena generate idea and brainstorming selaju dan secepat yang mungkin. Sebab dalam aku interview tu, dia bagi 1 situasi dimana korang ni acah-acah dah permenant workers or exec yang dalam interview untuk pilih costumer mana yang patut pilih untuk kita colabrate. Dia bagi lah createria costumer tu, then kita kena bincang sama-sama kita why kita pilih yang tu, dan present dekat dia, why kita kena pilih customer tu.
Cons kedua, korang kena pandai kawal keadaan tu supaya korang ada peluang nak cakap, korang ada idea nak cakap, korang ada dalam perbincangan tu. Kalau korang diam je, tak interrupt, tak entertain dalam meeting tu, so gone lah.
Haa macam tu lah process interview secara kumpulan ni. Ada pro and cons. So this is pengalaman yang aku boleh cerita. Lepas keluar dari interview tu aku dah rasa kepala berdenyut nak muntah semua ada. Migrain datang balik sampai jem rasa kepala. Balik bilik terus telan ubat migrain and tido. Nampak tak penangan brainstorming dia sampai rasa brainexploded dah.
Alhamdulillah aku dah dapat tempay praktikal di Perak, dekat area Chemor. Siapa orang perak sini? jom dating jom.