Assalamualaikum. hai semua. Setelah jarang blog ber update, rasa sunyi sangat dah blog ni. Busy memanjang je. Banyak benda nak kena selesaikan memandangkan ni dah hujung hujung semester dan aku tengah buat final year project 1. Jagi banyak lah kerja dan tak sempat nak cari idea nak tulis blog. Jadi aku tulis lah life update sikit.
Amacam flatlay aku ni menarik tak? hahahaa, aku bukanlah seorang yang berbakat dalam flatlay dan atas ni nak masuk katogeri flatlay pun segan segan je. Aku aja lah snap lepas buat kerja sikit. Lukisan aku jangan komen banyak banyak. Aku bukanlah dlahirkan dengan bakat melukis. Conteng conteng pun dah macam tadika dah tu.
Life aku sekarang memang banyak dekat bilik dan melukis, render dan buat proposal walaupun tak siap siap kerja aku tu. Aduh semoga aku dikurniakan perasaan yang lebih rajin untuk menghabiskan sisa sisa waktu di universiti ni.
Penat tak belajar ? penat sangat ! serius aku cakap penat tapi seronok. Bila penat kita dah habis kita akan rasa seronok dan puas dengan ilmu yang kita dapat.
Kadang kadang aku tak sabar nak habis belajar tapi kadang kadang aku rasa macam nak sambung lagi belajar. Hahaha tapi rasanya tak dah kot. Nak kerja lah pulak lepas ni.
Aku suka tengok warna pastel ni tapi aku tak suka guna pastel sebab kalau guna jari, jari aku tak lembab lembab gitu, jadi kering lah di jari. Tak seronok weh.
Ok, aku tak de lah bercadang nak cakap banyak pun. Sampai sini je dulu. Banyak lagi nak buat entry tapi tak dan masa, dan kalau dah lama berperap idea tu rasa macam tak de feel pulak nak tulis. Nanti kalau aku rajin dan ingat aku tulis lagi..
Thanks for reading this entry. i love you all. Bye