Assalamualaikum.
Minggu lepas aku sempat backpacker konon nya ke Perak dan minggu ni baru boleh update sepenuhnya. Kenapa aku pilih backpacker ? Of kos la sebab murah, lagi lagi aku ni student yang gatal nak travel. Salah ke ? Tak kan... Tak kann.. 😀😀
Aku masih terfikir nak buat entry pasal bajet, pasal perjalanan, atau pasal tempat menarik kat sana. Masih berfikir sambil tulis blog ni. Hmmmm nak tulis apa ya ?
First aku buat entry perjalanan la eh, plus bajet sikit sikit. Kot kot membantu korang semua pulak kan. Seriously this is first time aku jejak bumi perak dan all thing aku cari dalam google, baca blog orang and its really working for my trip. Seriously !
Mula perjalan kami dari KTM padang besar. Ya, kami dari Perlis dan bajet semua bermula dari Perlis. Kalau korang dari negeri lain, mungkin bajet ada bertambah atau berkurang sedikit. So, kami naik train dari Padang Besar ke Taiping tapi kena transit di Bukit Mertajam.
Duit hangus RM16.
Kami bertolak jam 6:25 pagi dan sampai di Bukit Mertajam jam 8:11 pagi. Dari bukit Mertajam kami naik train jam 8:45 pagi ke Taiping dan sampai Taiping jam 9:30 pagi. Then kami nak naik ETS dari Taiping keIpoh tapi ETS full. Kenapa kami tak naik ETS dari Perlis ke Ipoh? Sebab utama dia mahal RM50 ++. Dari stesen kereta api Taiping kami naik teksi ke stesen bas teksi. Aku nasihatkan korang ke stesen bas kemunting sebab dekat Taiping stesen bas dia super seram dan bas dia pun super antik. Kalau kemunting, stesen bas dia lebih baru dan selesa.
Duit hangus RM10/3
Sampai di stesen bas Taiping, beli tiket ke Ipoh RM 11 per person. Bas bertolak dari Taiping ke Ipoh jam 11.15 pagi.
Duit Hangus RM11
Lepas dah sampai ipoh jam 12.30, Kami plan terus nak pergi Lost World of Tambun sebab dah lambat kan. So naik bas macam rapid iaitu my bus 33b ke tambun, tanjung rambutan dan mana tah lagi 1 tempat aku lupa. Cakap nak gi Tambun, tiket RM2 ja, murahkan. Korang make sure turun depan Giant taw. Please tekan loceng sebelum sampai Giant, Korang agak agak la dia berhenti depan bus stop depan Giant. Boleh jugak nak berhenti dekat bus stop lepas mcd sebab aku berhenti situ dekat sikit kot. Padahal sebab terlepas. Blur lagi time tu. Nasib driver bus tu perasan kami.
Duit hangus RM2
Then lepas tu jalan kaki sikit ke entrance Lost World of Tambun tu. Bergambar dulu puas puas depan entrance sebab nanti keluar dah penat, dah tak fikir nak bergambar dah. Semua fikir nak balik hotel tidur. Time ni kami tak check in lagi tau. Terus pergi main air dulu.
Dekat Tambun duit paling banyak habis sebab tiket saja pun dah mahal, loker nauzubillah harga. Time ni kami dah makan dekat Taiping sambil tunggu bas tadi. Jadi tak ada lah nak spent duit banyak pulak dalam lost world ni. Kalau tak lagi banyak duit hangus.
Duit hangus RM 59 (tiket)
RM40 / 3 locker.
Gambar dalam tu kami tak ambil sebab simpan semua camera semua fon dan main! Memang sepatotnya macam tu kan. Ni nak pegang fon lagi, nak wassap lagi, nak upload gambar lagi, nak main lagi, mana 1 ni nak buat. Jadi ada gambar kat luar dan dalam tu sikit ja.
Lepas tu keluar makan depan tu kat luar ada mcd, terpaksa lah makan tu je sebab tak ada transport nak cari makan jauh2. Macam biasa habis dekat mcd lebih kurang RM20. Lepas tu nak pergi ke hotel kami guna grab car je. RM3 dan yang datang amik, chinise guy drive honda civic baru tuuu. Kau rasaaa. Omg tak sayang kereta ke buat grab car. Dia cakap never mind sebab kat rumah dia ada lagi 1 BMW. Kau rasaaa.
Duit hangus RM23
Then balik hotel. And the next day plan nak pergi Kelli castle. Memandangkan kami tak ada transport, terpaksa lah sewa kereta dan harga kereta sewa kat sana mahal sangat. Paling murah kami ambil RM 80 sehari dengan kad student. Wajib bagi kad student baru dapat diskaun. Dan mudah je tak payah nak kena bagi depost bagai. Kami sewa dekat Ipoh City Car Rental. Dekat kawasan perumahan Gunung Rapat. Taman apa tah aku dah lupa.
Duit hangus RM80
RM 20 (minyak)
Lepas tu kami ke Kelli Castle. Nanti aku cerita dalam entry lain pulak. Macam dah panjang sangat kan.
Duit hangus RM 2 (parking)
RM 5 (entrance)
Lepas tu balik dah petang, pergi hotel dulu dan check in, solat semua serat rehat. Lepas tu baru keluar balik nak jalan old town art street konon tapi dah agak lambat. Jadi kami pi cari makan ja. Sebenarnya dekat ipoh agak susah nak cari makan melainkan kita dah list betul2 tempat yang kita nak pergi. Sebab banyak sangat stall Chinese. Nak makan rasa was was sikit.
Malam tu kami ke uptown Gerbang Malam. Tempat dia macam uptown biasa tapi tak berapa syok sebab tak banyak barang sangat. Kecik2 je. Tapi okay la kalau nak cuci cuci mata kan.
Esoknya kami balik naik bas je. RM 30 Ipoh ke Kangar. Overall untuk trip kali ni dalam RM 230 dan tak lebih. Bawah RM230. Sooo bajet achieve sebab aku memang bajet RM 250 ja. Nak tahu sebab apa murah ? Ada rahsia dia. Tunggu next entry yaa.
GRAND TOTAL RM225 👍
Budget achieve
Wait for the next entry ...
Thanks for reading this entry guys!
ENTRY BERKAITAN