DUIT
Pahit pelajar universiti tak lain tak bukan adalah DUIT. Paling tak boleh nak lari dari masalah ni. Untuk peminjam PTPTN macam aku ni, masalah akan timbul awal sem dan akhir sem. Awal sem memang PTPTN masukkan duit lambat sikit. Tengah sem enjoy bagai nak rak. Akhir sem, duit habis baru lah nak menyesal. 'Andai masa boleh diundur'. Tapi jimat mana pun, memang tetap akan bermasalah dengan duit. Mana tak masalah bila makan kau semua kena makan kat kedai, lain lah kalau kolej kau benarkan bawa barang dapur, peti. dapur masak dan sebagainya. Boleh lah masak kat kolej ja. Makan kat kedai paling jimat pun Nasi Bujang. Tea O ais. Nasi bujang RM2.50, Tea O ais RM1. Sekali makan RM3.50. Takkan hari-hari nak hadap nasi bujang. Nasi goreng RM4. Ni harga di Perlis ya. Bukan Johor atau KL.
HILANG KAWAN
Yang ni aku rasa paling sakit dan aku sendiri pernah rasa benda ni. Mula nya kawan sampai mati. Baik semua benda buat sama-sama. Lepas nampak satu keburukan kita, umpat keji dibelakang dan semua keburukan lain dikeluarkan. Akhirnya terpulau dan hilang kawan yang awalnya baik sampaikan tidur pun satu katil. Tapi kalau kena macam ni, cepat-cepat la jadi positif. Dan ingat, berkawan biar seribu, tak semua orang akan suka kan kita. Jadi, keep positive and keep going. Move on dude!
MASALAH CINTA
Ni pun bagi aku kes yang tak sepatutnya dicari ketika belajar di universiti. Sebab masa diuniversiti, luangkan masa dengan kawan-kawan. Bila ada buah hati, satu pilihan yang perlu dibuat antara hilang kawan atau hilang awek. Bagi aku kawan dan awek tak boleh bergerak seiring. Masih ada pertelingkahan dibelakang walaupun mulut cuma mengatakan ' tak apa, u keluar lah lepak dengan kawan u, i ok ja'. Semua tu adalah dusta belaka.
HOMESICK
Aku berani cakap korang takkan ingat nak balik kampung selagi korang bergelak tawa dengan kawan-kawan, korang akan ingat nak balik kampung bila ditimpa masalah, bila tak ada duit, kena tikam belakang dengan kawan sendiri, bila putus cinta. Heehehe.
KAWAN STUDY TAPI KAU TAK TAHU NAK STUDY APA.
Ni yang tengah jadi dekat aku sekarang. Kawan-kawan study nak ambil final. Tapi aku tak tahu nak study apa. Sebab paper final aku 2 ja. Dua dua paper yang tak perlu study sangat. Tapi jadi stress sebab orang lain study tapi aku tak tahu nak buat apa.