Assalamualaikum ols,
Entry ni sebenarnya bertujuan nak trowback balik pengalaman dan kehidupan aku sepanjang tahun 2016. Tapi malangnya tak banyak yang aku ingat, Memandangkan aku malas nak tulis blog, jadi banyak lah moment moment yang terlepas. Bukan nya aku hilang ingatan, tapi nak recall balik apa yang jadi dari 1/1/2016 sehingga 31/12/2016 tu adalah satu yang mustahil.
January
Bulan Januari aku boleh ingat tetantang birthday aku je yang disambut dalam kem medan. Sebenarnya tak sambut pun cuma tarikh tu jatuh semasa fasa medan latihan kem tahunan dan aku ikut latihan medan selama 11 hari tanpa keluar dari medan. Kau bayangkan masa tu semua tak mandi sampaikan kadet dah naik kulat dah. Kesian dekat diorang semua. Aku haruslah mandi. Takkan aku turut sama nak busuk, lagipun aku tak buat aktiviti macam diorang, Cuma pantau dan jaga diorang ja. Aku pasti tu adalah pengalaman yang paling bermakna buat diorang, Aku sendiri pun tak lalui benda tu, lalui sebagai pegawai je la.
Jadi ulang tahun kelahiran aku dalam pakaian celoreng ni. Im Proud ! Acececeh. Dan in shaa Allah tahun ni pun birthday aku pakai loreng jugak. Sobs sedih bangat tak boleh nak sambut macam orang lain ada belon belon bagai. (Tak sedar diri yang dah tua tapi tetap nak belon bagai).
Februari
Februari aku tak boleh nak recall sangat. Tak ada yang menarik kot time tu, Cuma aku sudah mulakan sem 2 degree product development. ( adik adik yang dapat kos ni boleh PM akak tanya tanya ya. hee )
Mac
I got Olympus Pen-6 for myselft. Konon nya reward atas segala kejayaan 2015. Boleh lah diterima. (Dasar nak apa apa lepas tu buat alasan reward) Aku memang tak boleh sikit ada duit banyak mesti usha camera. Aku bukan jenis usha handphone baru, bukan jenis suka usha i phone tapi aku suka camera.
April
Tak ada yang menarik bulan April. Cuma musim harum manis ada di Perlis. Siapa nak rasa mangga harum manis yang sedap boleh datang Perlis bulan 4 ya.
Mei
Ni bulan study week untuk sem 2. So korang tahu la stress dia macam mana kan. Jadi tak ada yang seronok nak cerita.
Jun.
Aku sakan duk buat projek kuih raya. Tahun 2016 aku berjaya buat jenis kuih raya.
- biskut sarang semut
- Almond London
- Popia Cheese
- Popia Gulung
- Tart Nenas
- Biskut Florenta
Tahun depan nak buat biskut lain pulak kalau sempat. Florenta cookies dengan Almond London paling laku keras.
Julai
Julai bulan raya Aidilfitri, mood raya je lah kan. Mood raya dan mood orang kahwin, Sempat la jadi photorapher 2 3 majlis kahwin. Photographer picisan ja.
Ogos.
Ada satu kisah sedih bulan ogos ni. Aku sepatutnya pergi travel ke Cambodia dengan kawan aku. Siap nak pergi Vietnam sekali. Tiket flight semua dah beli. Passport semua dah renew lepas tu kawan aku sakit admit kat hospital. Asalnya sebab demam lepas tu kena tahan wad, Elok tarikh aku pergi Cambodia tu. Aku nekad nak pergi sorang je tapi fikirkan ma aku yang risau terus tak jadi.
Tapi plan tetap nak kena jalan, mana boleh duduk rumah dengan keadaan sedih frust macam tu. Kawan aku keluar hospital terus pack barang pergi Pulau Perhentian. Dekat je pun tapi memang unplanned vacation la yang ni. Terus tempah pakej dan jalan. Alhamdulillah seronok jugak walaupun tak sampai Cambodia. Mungkin tak ada jodoh, next time lah kita pergi.
September.
Masih lagi dalam mood Perhentian. Tak boleh move n lagi kata orang. Sabor je la.
Oktober.
Alhamdulillah berjaya jejakkan kaki ke Gunung Berembun. Tawan 3 puncak sekali gus. Berembun, Langsir dan Chemerong. Yang best jadi 2 ladies yang sampai puncak pertama dan sampai kaki gunung pertama. Next xpedisi in shaa Allah Gunung Stong pulak. ( Dalam perancangan)
November.
Diberi peluang tengok Supermoon dan snap gambar supermoon banyak banyak.
http://www.aswaleyla.com/2016/11/supermoon-14-nov-2016-perlis.html
December.
Banyak entry pasal pakcik aku yang kawen, Rombongan belah lelaki, Pasal kenduri dekat rumah aku. Penat sebenarnya bulan 12, aku pergi KL, balik Perlis, balik Terengganu, datang Perlis balik dan dihantui study week dan final exam. Sampai 4 januari paper aku. Lepas tu merdeka ! Ooh ak sabarnya rasa hati ini nak habiskan final ni. Derita tahu tak.
Hilang penat bila tengok budak kecik Hannah ni. Geram la cik sue nak peluk peluk bagi kurus. Bagi leper Hannah. Gemuk sangat siapa suruh.
Ok, itu saja lah sepanjang 2016 yang bakal meninggalkan kita beberapa jam lagi. Sambut new year ? of kos la tak, aku sambut depan buku math je la, sebab next paper math. Aku bukan yang jenis sambut new year sangat. Biasa biasa ja. Tak sambut pun tak kisah, yang aku tahu, esok dah 2017 dan aku be like "ok, dah 2017, welcome 2017"
Thank you for reading this entry !