Siapa kat sini pernah kena sunburn yang teruk dekat muka ? Aku percaya semua orang pernah rasa benda ni, terutamanya pelajar sekolah menengah dan pelajar universiti. Tapi agak-agak korang, teruk mana yang pernah korang rasa? Untuk hilangkan sunburn ni ambil masa yang agak lama. Tapi kali ni aku ambil masa cuma sebulan lebih. Sekarang masuk 2 bulan, muka aku dah totally hilang sunburn tu.
Pernah kena sampai tahap ni ? Ni lah sunburn aku yang paling teruk. Sebelum ni, kurang 30% dari ni. Tapi aku tak buat apa-apa, Aku biar je sampai 3 bulan pun tak hilang lagi. End up aku pergi facial untuk 2 kali treatment. Tu pun dapat 3 kali treatment sebab aunty facial tu kesian tengok muka aku yang teruk ni. Tapi masa tu duit masyuk sebab praktikal dapat gaji. Kali ni tak mampu aku nak pergi facial sebab sambung belajar balik, memang tak ada duit lah.
Close up image muka aku. Aku pun tak sanggup nak tengok masa ni. Memang teruk merekah bagai. Sedih tau masa ni. Ikutkan hati memang tak nak keluar rumah.
1st step aku buat adalah dengan berhenti pakai segala bagai pencuci muka, krim muka, pelembab, toner dan semua jenis kosmetik. Bagi muka free daripada bahan kimia. Bagi muka berehat sekejap.
2nd step, aku letak lendir lidah buaya. Yang fresh lagi segar dipetik dari pokok lagi. Jiran aku kesian tengok muka aku macam ni. Dia bagi 1 pokok terus suruh aku tanam kat rumah. So ambil batang dia dan picit bagi keluar lendir lidah buaya tu. Sapu ke muka. Kalau dah kering, sapu lagi. Ulang sampai penat. hehehe.
3rd step, aku pakai bedak sejuk setiap malam. Jangan pakai krim malam lagi ye. Bagi bedak sejuk dulu, bagi muka sejuk dan cool dulu ye.
4rd step, bila dah agak 3 4 hari, yang merekah pun dah makin nak keluar, ambik kapas muka, letak toner dan gosok perlahan-lahan. Bagi kulit-kulit mati tertanggal dulu. Ulang dua tiga hari.
Lepas sebulan, baru aku apply sabun muka. Tu pun pakai sabun beras je. Lepas aku dah yakin sikit baru aku apply product muka. Aku pakai anna cosmetik. Memang produk Thailand tapi setakat aku pakai ni elok lah. Boleh jugak nak apply babies blink ka apa ka. Aku tengok kawan aku pakai babies blink pon ok jugak. Atas muka jugak lah kan.
Then sampai dua bulan, kulit aku dah kembali seperti biasa, Dah hilang semua kerak-kerak muka. Masa ni kadang-kadang apply moisterizer dari Cetaphil. Ok jugak . Kalau rasa muka panas kering macam tu, terus apply cetaphil ni.
Gambar bulan lepas . Lepas Nampak lagi garisan atas dahi tu. Datang daftar universiti hari tu dengan muka hitam dahi bergaris lagi. Redha je lah masa tu.
Dan akhirnya dah kembali ke warna asal. Hilang segala burn yang teruk tu. Simple je tips kat atas tu. Harapnya berguna untuk semua yang alami sunburn yang teruk macam aku ni. Kalau ada duit senang je, pergi je lah facial buat rawatan hilangkan sunburn. Tapi dengan duit sekali la burn.
Gambar sebelum selepas